Utusan Borneo (Sarawak)

Pencipta ‘Dragon Ball’ meninggal dunia pada usia 68 tahun

-

Pereka komik dan kartunanim­e‘DragonBall’dari Jepun yang amat berpengaru­h dan popular, Akira Toriyama, telah meninggal dunia pada usia 68 tahun, menurut pasukan terbitanny­a semalam.

Pertama kali diterbitka­n sebagai siri pada 1984, ‘Dragon Ball’ antara francais manga terlaris sepanjang zaman dan telah mencetuska­n banyak permainan video, filem dan siri anime.

Toriyama meninggal dunia pada 1 Mac lalu akibat ‘acute subdural haematoma’ atau saluran darah tersumbat dalam otak, menurut satu kenyataan yang dipaparkan dalam akaun rasmi X ‘Dragon Ball’.

“Kami amat kesal kerana beliau masih mempunyai beberapa kerja yang sedang dihasilkan,” menurut kenyataan daripada Bird Studio milik Toriyama.

“Beliau pasti mempunyai banyak lagi perkara untuk dicapai.

“Namun beliau telah meninggalk­an banyak judul manga dan karya seni bagi dunia ini.

“Kami berharap dunia rekaan unik Akira Toriyama akan terus diminati semua orang untuk tempoh yang lama lagi,” tambah kenyataan itu.

‘Dragon Ball’ menceritak­an kisah seorang budak lelaki bernama Son Goku yang mengumpul bebola magis mengandung­i naga untuk membantuny­a dan sekutunya dalam usaha melindungi Bumi daripada musuh jahat.

Dalam temu bual dengan akhbar Jepun Asahi pada 2013, Toriyama berkata komiknya khusus untuk hiburan semata-mata.

“Saya berharap pembaca akan berseronok membaca hasil karya saya.

“Tiada perkara lain yang saya inginkan daripada mereka,” katanya sambil menambah, beliau tidak pernah mengambil kira untuk menyampaik­an sebarang mesej melalui manganya.

Toriyama seterusnya menggambar­kan dirinya sebagai seorang yang sukar difahami.

“’Dragon Ball’ seperti satu keajaiban, apabila ia membantu seseorang seperti saya yang mempunyai personalit­i aneh dan sukar untuk melakukan kerja dengan betul dan diterima oleh masyarakat,” katanya lanjut.

Beliau juga mengakui tidak faham mengapa ‘Dragon Ball’ telah menjadi sebegitu popular di seluruh dunia.

“Semasa saya melukis siri tersebut, saya hanya ingin menggembir­akan budakbudak lelaki di Jepun,” katanya kepada Asahi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia