Utusan Borneo (Sarawak)

KPKT akan perkenal model perumahan awam baharu

PRR akan menjad�� kawa��an peruma��an ber��epadu�� mampan�� berbalo�� d��d��am�� mempunya�� daya maju komer����al berkual��t��: Nga

- Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan

HONG KONG: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka model baharu perumahan awam yang dinamakan Program Residensi Rakyat (PRR), kata menteri berkenaan Nga Kor Ming.

Beliau berkata, PRR akan menjadi kawasan perumahan yang bersepadu, mampan, berbaloi untuk didiami, mempunyai daya maju komersial berkualiti, ruang hijau, pusat komuniti dan ciri-ciri lain.

Kos pembinaan setiap unit PRR katanya akan dinaikkan kepada RM300,000 sekali gus menawarkan golongan berpendapa­tan rendah rumah berkualiti dengan bayaran harga berperingk­at (piecemeal price).

“Di bawah PRR baharu, kos RM300,000 seunit akan dijual pada harga RM60,000. Daripada RM60,000 itu, kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 akan diperuntuk­kan untuk dana penyelengg­araan dan dana terikat.

“Akan ada juga moratorium iaitu dalam masa 10 tahun, anda tidak boleh menjual unit PRR, kerana kita tidak mahu pihak yang tidak bertanggun­gjawab mengambil kesempatan ke atas perumahan sosial, kerana ini ialah keistimewa­an untuk diberikan subsidi yang besar,” katanya kepada Bernama dan The Edge pada Lawatan Sambil Belajar Pemimpin Hartanah Asia (AREL) Hong Kong dan

Shenzhen Edisi China.

Lawatan itu dianjurkan oleh Institut REHDA, yang merupakan pusat penyelidik­an dan latihan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia, disertai lebih 50 delegasi melibatkan lawatan ke pelbagai tapak unik merangkumi pembanguna­n semula bandar, dasar perumahan awam dan undang-undang strata.

Kumpulan delegasi terdiri daripada pelbagai pihak berkepenti­ngan termasuk arkitek, juruukur, penilai, penyelidik, pemaju, perancang bandar, peguam, pihak bank dan kerajaan.

Saiz minimum untuk PRR itu menurut Nga ialah 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Mengulas lanjut, beliau berkata KPKT juga akan memberi penekanan kepada kesalinghu­bungan menerusi pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) yang dijangka mengurangk­an jumlah kenderaan dan tempat letak kereta.

Kemudahan itu katanya akan disepaduka­n dengan bangunan berkonsep hijau yang mengurangk­an 30 peratus kos tenaga berbanding bangunan berciri standard.

“Kami berharap untuk mendapatka­n bajet tambahan. Berbanding HDB (Lembaga Perumahan dan Pembanguna­n) Singapura yang mempunyai bajet tahunan 30 bilion dolar Singapura,

Nga Kor Ming

PPR (Program Perumahan Rakyat) Malaysia hanya mendapat RM550 juta, iaitu jumlah yang terlalu kecil,” katanya.

Sementara itu, Nga turut menyeru pemaju terutama ahli aktif REHDA dan institusi kewangan untuk membantu kerajaan dalam membangunk­an bangunanba­ngunan lama di negara ini terutama yang dikategori­kan sebagai tidak selamat.

Beliau berkata, penanda aras standard kejurutera­an yang biasa untuk jangka hayat sesebuah bangunan adalah secara purata 70 tahun.

Bagaimanap­un menurut Nga, keadaan masih mencabar kerana ketika ini ambang persetujua­n yang dinyatakan akta sedia ada memerlukan persetujua­n 100 peratus.

“Oleh itu KPKT mencadangk­an nilai ambang persetujua­n antara 75 peratus hingga 80 peratus, bergantung kepada umur bangunan dan bergantung kepada perbincang­an lanjut,” katanya sambil menambah cadangan itu turut meliputi projek terbengkal­ai dengan nilai ambang persetujua­n 51 peratus.

Selain itu, Nga menegaskan bahawa walaupun banyak peluang akan diberikan kepada pemaju hartanah untuk meneroka usaha pembanguna­n semula bandar, pemilik hartanah sedia ada tetap akan diberikan pampasan yang adil tertakluk kepada penilaian.

Selain itu, katanya penubuhan pihak berkuasa pembaharua­n bandar dan tribunal tanah juga dalam perancanga­n untuk diletakkan di bawah KPKT.

“Ini akan menjadi undang-undang yang adil dan seimbang dalam kita menggalakk­an pembanguna­n, kita juga akan melindungi pemilik rumah.

“Ini kerajaan MADANI, kita akan pastikan penyelesai­an yang adil untuk kedua-dua pihak (pemilik dan pemaju),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia