Utusan Borneo (Sarawak)

KPKT di peringkat akhir siapkan draf Akta Pembaharua­n Semula Bandar

-

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini di peringkat akhir menyediaka­n draf Akta Pembaharua­n Semula Bandar (URA) Malaysia yang pertama, dijangka dibentangk­an di Parlimen tidak lama lagi, kata menterinya Nga Kor Ming.

Beliau berkata, sehingga peringkat ini, kementeria­nnya telah mengadakan banyak sesi dialog awam dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan negeri lain.

“Melalui Jabatan Perancanga­n Bandar dan Desa (PLANMalays­ia), kita telah menyiapkan garis panduan utama pembanguna­n semula bandar bagi Malaysia dan ia telah diluluskan oleh Kabinet pada 2023.

“KPKT bekerjasam­a rapat dengan pelbagai agensi terutamany­a bahagian penyedia-an draf dari jabatan Peguam Negara untuk menyediaka­n undangunda­ng tersebut,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama dan The Edge semasa Lawatan Pengkaji Asia Hartanah (AREL) di Hong Kong dan Shenzhen, Edisi China.

Lawatan tersebut dianjurkan oleh Institut REHDA, bahagian penyelidik­an dan latihan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia dengan lebih 50 wakil melawat pelbagai tapak unik, merangkumi pembanguna­n semula bandar dan dasar perumahan awam serta undang-undang strata.

Delegasi terdiri daripada pelbagai pihak berkepen-tingan termasuk arkitek, juruukur, penilai, penyelidik, pemaju, perancang bandar, peguam, bankir, dan pihak berkuasa kerajaan.

Sementara itu, Nga berkata apabila akta tersebut diluluskan Parlimen, ia akan mencipta peluang berganda dan peluang pelaburan yang melimpah untuk mengubah landskap bandar serta menghasilk­an nilai pembanguna­n kasar (GDV) yang mencecah berbilion ringgit.

Selain itu, kebakaran yang melibatkan nilai kerugian RM2.62 bilion yang direkodkan tahun lalu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) antaranya adalah disebabkan masalah pendawaian rumah yang dapat dielakkan, katanya.

Perancanga­n dan pembanguna­n bandar adalah agenda ekonomi dan sosial penting bagi Malaysia, terutamany­a dengan kadar urbanisasi semasa pada 78 peratus, yang dijangka akan meningkat kepada 84 peratus menjelang 2040.

Di Kuala Lumpur, Nga berkata jika tiada inisiatif dilakukan, banyak kawasan kurang membangun yang mungkin berpotensi wujud 20 tahun lagi boleh menyebabka­n banyak perumahan strata buruk, usang dan tidak layak didiami di Kuala Lumpur terutamany­a di Pandan Indah, Sentul dan di Petaling Jaya, Selangor.

“DBKL telah mengenal pasti 139 tapak berpotensi yang merangkumi kirakira 1,372 ekar (555.22 hektar) tanah dalam bidang kuasa DBKL yang sesuai untuk pembanguna­n semula.

“Pembanguna­n semula bandar akan merangkumi empat ruang lingkup, pertama iaitu pembanguna­n semula bandar bermaksud anda merobohkan, kemudian anda membina semula, kedua ialah pemulihan bandar dan ketiga penyegaran semula bandar.

“Dan terakhir, pemulihara­an bandar dengan bangunan warisan negara bukan sahaja kita tidak boleh merobohkan­nya, tetapi ia juga harus dikekalkan,” katanya.

Beliau memberikan contoh pasar tertua, Pasar Taiping yang merupakan pasar awam pertama di Tanah Melayu dibina pada 1874, kini sedang melalui pemulihara­an semula secara besar-besaran dan dijangka siap Oktober nanti.

“Proses pemulihan itu sangat sukar...ia kini sedang dibina semula menggunaka­n bahan binaan yang sama seperti kayu dan warna bagi mengekalka­n bentuk warisan dan suasana pasar yang asal untuk memberi lebih nilai sejarah selain menarik pelancong,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia