Utusan Borneo (Sarawak)

Gar���� panduan�� kod et��ka guna AI ����ap 90 peratu��: MOSTI

-

Garis panduan governan dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah memasuki fasa akhir pembanguna­n dengan status pencapaian 90 peratus.

Menurut Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berdasarka­n garis masa pembanguna­nnya, dokumen itu dijadual dibentangk­an di Kabinet bulan ini sebelum dilancarka­n pada April 2024.

“Garis panduan itu dibangunka­n khusus untuk tiga kategori utama iaitu pengguna dan orang awam, penggubal polisi dan penyedia atau pembangun teknologi berasaskan AI.

“Secara umumnya, ia menerangka­n tujuh prinsip AI yang bertanggun­gjawab dapat diterjemah dan dite-rapkan ketigatiga kategori utama. Pematuhan kepada garis panduan ini dapat memastikan penggunaan AI yang beretika dan selamat,” menurut MOSTI dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Kementeria­n itu menjawab soalan yang dikemukaka­n Wong Chen (PH-Subang) yang ingin tahu status terkini pembanguna­n kod etika dan tadbir urus AI dan bagaimana ia selari dengan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025.

MOSTI memaklumka­n sesi konsultasi awam kini sedang dilaksanak­an dengan Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) melalui portal Perundinga­n Awam Bersatu (UPC) dan tempoh minimum konsultasi berlangsun­g selama dua minggu.

“Dokumen garis panduan tersebut sedang diedarkan untuk konsultasi awam sehingga semalam (8 Mac). Tujuan sesi ini adalah untuk mendapatka­n pandangan daripada orang awam ke atas draf dokumen bagi tujuan penambahba­ikan garis panduan tersebut sebelum dimuktamad­kan,” menurut MOSTI. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia