Utusan Borneo (Sarawak)

LKIM rancang buka 10 lag�� pa��ar nelayan d�� ��eluru�� negara pada ta��un ��n��

-

KUALA NERUS: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) merancang untuk membuka 10 lagi pasar nelayan di seluruh negara tahun ini.

Pengerusin­ya Muhammad Faiz Fadzil berkata, pihaknya telah mengarahka­n LKIM negeri supaya mengenal pasti dan mengemukak­an cadangan lokasi yang sesuai bagi membolehka­n projek itu dilaksanak­an dengan segera.

Beliau berkata, hal itu bagi meningkatk­an ekonomi para nelayan dan membolehka­n lebih ramai rakyat mendapat manfaat bekalan ikan segar pada harga lebih murah berbanding pasaran.

“Setakat ini kita dah ada 137 pasar nelayan di seluruh negara dengan sembilan daripadany­a terletak di Terengganu.

“Untuk tahun ini kita sasar pembinaan 10 lagi pasar nelayan baharu di beberapa negeri, tetapi kena kenal pasti lokasi yang benar-benar strategik. Sebuah pasar nelayan memerlukan kos lebih RM200,000 untuk disiapkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pasar Nelayan Seberang Takir di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pemasaran dan Pelesenan

LKIM Abdul Salim Tajudin dan Pengarah LKIM Terengganu Ahmad Nazri @ Abd. Zaim Madri.

Sementara itu, Muhammad Faiz berkata pihaknya juga telah mengenal pasti 77 pasar nelayan yang tidak aktif di seluruh negara.

Menurutnya, perkara itu berlaku susulan kedudukan pasar yang tidak strategik iaitu jauh dari taman perumahan atau penempatan.

“Sebab itu kita perlu kenal pasti lokasi yang betul-betul strategik untuk bina pasar nelayan baharu. Kita tak mahu sekadar buat tetapi

akhirnya tak dapat sambutan mengggalak­kan dan projek tidak dimanfaatk­an.

“Di Terengganu lapan pasar nelayannya aktif dan mencatat nilai jualan sebanyak RM6.1 juta sebulan. Dan yang terbaharu, Pasar Nelayan Seberang Takir ini yang baru dibuka Januari lalu saya difahamkan mencatat jualan antara RM90,000 hingga RM150,000 sebulan,” katanya.

LKIM juga katanya akan melancarka­n trak ikan bergerak yang lebih moden dan sistematik di Kuala Lumpur dan Selangor tidak lama lagi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MERIAH: Muhammad Faiz (empat kiri) menjual pelbagai jenis ikan pada harga RM10 untuk 3 kilogram menerusi promosi jualan ikan segar sempena Majlis Perasmian Pasar Nelayan LKIM Seberang Takir, Kuala Nerus semalam.
— Gambar Bernama MERIAH: Muhammad Faiz (empat kiri) menjual pelbagai jenis ikan pada harga RM10 untuk 3 kilogram menerusi promosi jualan ikan segar sempena Majlis Perasmian Pasar Nelayan LKIM Seberang Takir, Kuala Nerus semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia