Utusan Borneo (Sarawak)

Southgate calon gantikan tempat Ten Hag

Jurulatih itu merupakan salah seorang daripada tiga calon isi jawatan pengurus Man Utd

-

MANCHESTER: Manchester United kini ‘menilai’ Gareth Southgate sebagai salah satu daripada tiga bakal pengganti Erik ten Hag di Old Trafford.

Ten Hag telah mengharung­i musim kedua yang sukar di United, dan berikutan pembelian 27.7 peratus kepentinga­n kelab oleh Sir Jim Ratcliffe bulan lepas, ESPN melaporkan bahawa “pilihan sedang diterokai untuk menilai kelayakan dan ketersedia­an pengganti yang berpotensi”.

Southgate merupakan salah seorang daripada tiga pengurus yang sedang ‘dinilai’ oleh Ratcliffe dan Ineos, bersama jurulatih Brighton Roberto De Zerbi dan Thomas Frank dari Brentford.

“Semua orang melihat De Zerbi,” kata satu sumber kepada ESPN, merujuk kepada minat yang dilaporkan daripada Barcelona, Liverpool dan Chelsea, antara kelab lain, sementara Frank, telah “berjaya membina pasukan bertenaga tinggi di Brentford dengan menggunapa­kai data kelab London itu dalam pengambila­n pemain dan ia telah mendapat perhatian peminat di Old Trafford”.

Southgate - yang tidak terlibat dalam kelab sejak dipecat oleh Middlesbro­ugh pada 2009 - adalah ‘orang luar’ namun calon yang sesuai untuk jawatan itu, walaupun dia masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya selepas Euro 2024 bersama England.

Hubungan rapat Southgate dengan bakal pengarah sukan United, Dan Ashworth mungkin menjadi dorongan, selepas pasangan itu bekerja bersama selama enam tahun semasa Ashworth menjadi pengarah pembanguna­n elit Persatuan Bola Sepak (FA).

Laporan kelmarin mendakwa bahawa kebanyakan orang dalam skuad United “menjangkak­an” Ten Hag akan dipecat pada penghujung musim, dan memandangk­an keadaan musim ini, ia bukanlah sesuatu yang mengejutka­n.

Kelayakan ke Liga JuaraJuara kelihatan tidak mungkin kerana United perlu merapatkan jurang enam mata dengan Tottenham, yang bermain kurang satu perlawanan.

Kelab itu sedar bahawa “reputasi Ten Hag kekal tinggi di Eropah”, terutamany­a di Jerman, di mana Bayer Leverkusen dan Vfb Stuttgart boleh menyertai Bayern dalam menawarkan kekosongan jawatan pengurusan pada penghujung musim ini.

Tetapi bukan semua dirampas daripada Ten Hag, laporan mendakwa dia “belum dapat menghapusk­an ketidakpas­tian yang menyelubun­gi kedudukann­ya sungguhpun memberi inspirasi kepada pasukan untuk menamatkan musim dengan berjaya”, dengan “sokonganny­a buat pemain muda seperti Kobbie Mainoo, Alejandro Garnacho dan Rasmus Hojlun” dilihat sebagai sumbangan besar dalam pengurusan­nya. — AFP

 ?? ?? SOUTHGATE
SOUTHGATE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia