Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea tidak seharusnya lantik semula Mourinho

- — AFP

Chelsea telah diberitahu mereka mesti ‘melihat ke hadapan’ dan bukan memilih untuk melantik semula Jose Mourinho selepas timbul khabar angin bahawa dia boleh kembali ke Stamford Bridge.

Mauricio Pochettino semakin menghadapa­i tekanan di Chelsea dengan The Blues tewas dalam perlawanan akhir Piala Carabao dan masih terperangk­ap di tempat ke-11 dalam Liga Perdana.

Persoalan timbul adakah Mauricio Pochettino akan dipecat dari Chelsea selepas The Blues telah membelanja­kan lebih 1 bilion pound sejak konsortium yang diketuai Todd Boehly mengambil alih kelab Liga Perdana itu pada Mei 2022 namun keputusan mereka di atas padang semakin teruk. Pasukan Pochettino hanya naik satu tempat dalam Liga Perdana

musim ini, sejak pelantikan bekas pengurus Tottenham itu.

Peminat Chelsea meminta Pochettino dipecat selepas keputusan seri 2-2 menentang Brentford pada hujung minggu lalu dengan laungan meminta pengurus lama Mourinho kembali.

Ada laporan yang mendakwa bahawa pemecatan Pochettino ‘boleh diumumkan minggu depan’ dan Mourinho – yang sudah kehilangan pekerjaann­ya di Roma pada awal musim – boleh membuat kepulangan sensasi.

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Stephen Warnock mendakwa bahawa Chelsea “perlu melupakan” Mourinho selepas dua musim di kelab itu.

Warnock berkata pada Sky Sports: “Bagi saya, tidak, tidak. Mereka perlu melupakan dia. Saya rasa untuk kembali kepadanya untuk kali ketiga adalah sesuatu yang luar biasa dari sudut pandangan nostalgia, tetapi saya rasa ia tidak sesuai.”

“Tempoh bersejarah Chelsea sudah tiada, dan mereka perlu melihat ke hadapan. Adakah gaya pengurusan­nya akan berfungsi dengan skuad seperti itu? Ia mungkin boleh. Ia mungkin sesuatu yang menggembir­akan skuad. Tetapi saya masih fikir mereka perlu memberi Pochettino peluang.”

 ?? ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia