Utusan Borneo (Sarawak)

Tyson dan Paul akan bertarung dalam satu pertarunga­n pameran

-

LOS ANGELES: Bekas juara kelas berat Mike Tyson akan kembali ke gelanggang untuk menentang pempengaru­h Youtube yang kini menjadi peninju, Jake Paul dalam pertarunga­n pameran yang akan ditayangka­n di Netflix, menurut penganjur kelmarin.

Tyson, 57, dan Paul akan bertarung di Stadium AT&T di Arlington, Texas pada 20 Julai, kata Netflix dan Most Valuable Promotions (MVP).

Tyson berkata dalam satu kenyataan bahawa dia tidak sabar untuk menentang lawan itu yang 30 tahun lebih muda daripadany­a, menegaskan bahawa dia kagum dengan persembaha­n Paul dalam karier tinjunya yang masih muda.

“Dia telah berkembang dengan jauh sebagai peninju dalam beberapa tahun ini, jadi ini akan menjadi sangat menyeronok­kan untuk melihat sejauh manakah kehendak dan cita-cita seorang ‘budak’ menentang pengalaman dan kebolehan seorang legenda,” kata Tyson.

Paul pernah bertarung semasa perlawanan terakhir Tyson dalam perlawanan pameran lapan pusingan menentang bekas raja kelas tengah, Roy Jones Jr. di Los Angeles pada 2020.

“Saya memulakan perjalanan tinjunya di bawah pertarunga­n saya dengan Roy Jones dan kini saya merancang untuk menamatkan­nya,” sindir Tyson.

Pertarunga­n sebegini telah menjadi trend terkenal dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, menyaksika­n selebriti internet menentang antara satu sama lain atau menentang peninju yang diiktiraf, yang telah bersara atau yang sudah melepasi zaman kecemerlan­gan mereka.

Adik Jake Paul, Logan Paul, memainkan peranan besar dalam mempelopor­i trend itu, malah menentang ikon tinju, Floyd Mayweather pada 2021.

Jake Paul bagaimanap­un telah menjadi nama yang lebih besar, membina rekod 9-1 dengan enam kalah mati (KO).

Dia mencapai kalah mati dua kali berturut-turut menentang peninju profesiona­l dalam dua pertarunga­n terakhirny­a dengan kemenangan ke atas Ryan Bourland dan Andre August.

Sementara itu, Tyson dianggap sebagai salah seorang peninju kelas berat paling ganas dalam sejarah, pernah menjadi juara antara 1987 dan 1990 dan memenangi tali pinggang pertamanya pada usia 20 tahun, empat bulan dan 22 hari untuk menjadi juara kelas berat termuda dalam sejarah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEDIA BERSUA: Tyson (kiri) akan bertarung dengan Paul pada 20 Julai 2024 di Texas.
— Gambar AFP SEDIA BERSUA: Tyson (kiri) akan bertarung dengan Paul pada 20 Julai 2024 di Texas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia