Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Raziff, Jane juara Kejohanan Badminton MAPA

-

BINTULU: Mohd Raziff Abdul Rahim dari Sabah Port Sdn Bhd dan Jane Hii Ing Yie dari Lembaga Pelabuhan Miri masing-masingnya dinobatkan sebagai johan kategori perseorang­an lelaki dan wanita dalam Kejohanan Badminton MAPA (Asean Port Associatio­n- Malaysia) selama tiga hari dan berakhir kelmarin di bahagian ini.

Naib johannya pula masing-masing disandang Mohd Rapis Rosina (Bintulu Port Sdn Bhd atau BPSB) dan Siti Fatimah Mohamed Noor (Suruhanjay­a Pelabuhan Pulau Pinang).

Diikuti tempat ketiga bersama kategoi lelaki diraih Morshidi Ab Bakar (Johor Port Berhad) dan Mohd Hilmi Azami (Lembaga Pelabuhan Bintulu atau LPB).

Manakalaka­tegoriwani­tanya diraih Bibian Shearon R.W Lojitan (Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah).

Hadiah-hadiah berupa piala dan wang tunai kepada para pemenang telah disampaika­n Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Ruslan Abdul Ghani pada Majlis Makam Malam ‘Bon Voyage’ Kejohanan Badminton MAPA di Kelab Kidurong Bintulu di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Ketua Perkhidmat­an Korporat BPHB, Maslihah Tioh, Pengurus Keselamata­n LPB Jefri Hashim merupakan pengerusi bersama

kejohanan serta Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Bintulu Port (KSRBP) BPSB, Awang Faizol Awang Sallam.

Pemenang johan beregu lelaki dan wanita pula masingmasi­ng diraih Mohd Rapis Rosina dan Abdul Rahim Rahman (BPSB) serta Rozaine Mohammad Noor dan Nur Iryani Ahmad (Penang Port Sdn Bhd).

Disusuli naib johan lelaki dan wanitanya Samsul Shahnon Haron dan Mohd Rozaini Ishak serta Norazuwa Baharom dan Iezza Ifaddi Tahir

masing-masing dari Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Tempat ketiga bersama diraih Mohd Raziff Abdul Rahim dan Norizan Buyong (Sabah Port Sdn Bhd) serta Mohd Amirul Zaidil dan Muhd Amirul Adli Kadir (BPSB) dan kategori wanitanya Noor Asmalini Ismail dan Siti Fatimah Mohamed Noor (Suruhanjay­a Pelabuhan Pulau Pinang) serta Rosephine Entring dan Lilixnyah Mujah (BPSB).

Saingan beregu lelaki dan wanita veteran turut menyaksika­n Awang Faizol Awang

Sallam dan Mazruddin Wandi Mokhtar (BPSB) serta Julinah Awang dan Zainab Kasamat (Sabah Port Sdn Bhd) muncul johan.

Naib johannya Awang Salleh Mohd Chee dan Awang Hajimi Mohd Chee (BPSB) serta Rozaine Mohammad Noor dan Basariah Abdul Rahim (Penang Port Sdn Bhd).

Kedudukan tempat ketiga bersama menjadi milik Ahamat Bakeri Udin dan Jeman Eli (Lembaga Pelabuhan Kuching) serta Azmir Azizi dan Mohd Zainuddin Ismail

(Northport Malaysia Bhd) dan kategori wanitanya diraih Azrina Mohd Maruf dan Jane Francesca G.Volin (Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah) Sri Suriati Hashim dan Halina Mohd Yasin (Northport Malaysia Berhad).

Johan untuk beregu campuran diraih Abdul Rahim Rahman dan Ezza Afrina Mohammad Shamsuri (BPSB), diikuti naib johannya Haslina Jinin dan Suriyanto Suleman (Sabah Port Sdn Bhd).

Kedudukan tempat ketiga bersama menjadi milik Choo

Chin Soon dan Wee Chuan Siang (Lembaga Pelabuhan Kuching) dan Khairil Anuar Arrif dan Siti Nurbayah Buang (Pelabuhan Tanjung Pelepas).

Kategori beregu campuran veteran menyaksika­n Jane Hii Ing Yie dan Remeedy Harry Bawar (Lembaga Pelabuhan Miri) muncul johan. Naib johannya Jainudin Bujang dan Wee Chuang Siang (Lembaga Pelabuhan Kuching).

Manakala tempat ketiga bersama diraih Julinah Awang dan Janiel Linog (Sabah Port Sdn Bhd) serta Mohd Zainuddin Ismail dan Halina Mohamed Yasin (Northport Malaysia Berhad).

Sejumlah 16 organisasi pelabuhan dan ahli APA Malaysia telah menyertai kejohanan ini iaitu Suruhanjay­a Pelabuhan Pulau Pinang, Penang Port Sdn Bhd, Lembaga Pelabuhan Klang, Northport (Malaysia) Berhad, Westports Malaysia Sdn Bhd, Lembaga Pelabuhan Johor, Johor Port Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd, Lembaga Pelabuhan Kuching, Lembaga Pelabuhan Rajang, Lembaga Pelabuhan Bintulu, Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), Lembaga Pelabuhan Miri, Lembaga PelabuhanP­elabuhan Sabah dan Sabah Port Sdn Bhd.

Kejohanan ini melibatkan saingan 205 pemain dalam lapan kategori dipertandi­ngkan serta 208 perlawanan.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Para pemenang kategori perseorang­an serta beregu lelaki dan wanita merakam gambar bersama Ruslan, Awang Faizol (tengah) dan Maslihah (kiri).
UNTUK ALBUM: Para pemenang kategori perseorang­an serta beregu lelaki dan wanita merakam gambar bersama Ruslan, Awang Faizol (tengah) dan Maslihah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia