Utusan Borneo (Sarawak)

SUKMA Sarawak diharap jadi acara terbaik

Temasya Ogos depan bukan sekadar wadah kejar kecemerlan­gan, tetapi juga memupuk semangat kebersamaa­n: Abang Johari

- Oleh Hamkar Sarbinee

Penganjura­n Sukan Malaysia (SUKMA) Edisi Ke-21 2024 diharap menjadi acara sukan dwitahunan yang terbaik pernah dianjurkan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, penganjura­n SUKMA kali ini menyaksika­n seramai 15,000 atlet dan pegawai dari pelbagai negeri, termasuk Negara Brunei Darussalam bertandang ke Sarawak pada Ogos depan.

Menurutnya, kehadiran tetamu itu nanti bukan sahaja untuk menjalin persaudara­an, malah turut disertai semangat kebangsaan sekali gus mengukuhka­n perpaduan di negara ini.

“Melalui pencapaian dan kejayaan di dalam gelanggang sukan, kita tidak hanya mengejar kecemerlan­gan, tetapi juga memupuk semangat kebersamaa­n di antara kita.

“Dalam semangat ini, ia dapat meleburkan perbezaan dan mengukuhka­n jalinan persaudara­an dalam kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Pelancaran SUKMA dan Para SUKMA Edisi Ke21 2024 di Hotel Pullman di sini, semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato

Gerald Rentap Jabu dan Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Pembanguna­n Kesejahter­aan Komuniti Datuk Mohamad Razi Sitam, Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan Ts Dr Nagulendra­n Kangayatka­rasu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu

Hii Chang Kee dan tetamu lain.

Abang Johari berkata, SUKMA kali ini bakal melibatkan 37 sukan dengan 490 acara keseluruha­n.

“SUKMA kali ini akan dikelola di sembilan bahagian di Sarawak iaitu Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Betong, Sri Aman, Serian, Samarahan dan

Kuching.

“Kluster sukan yang terlibat untuk Kuching adalah 25 sukan, Samarahan (tiga), Serian (satu), Sri Aman (satu), Betong (satu), Sibu (tiga), Mukah (tiga), Bintulu (tiga) dan Miri (enam),” jelasnya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SIMBOLIK PELANCARAN: Abdul Karim mewakili Abang Johari memasukkan obor digital ke dalam podium khas sebagai simbolik pelancaran SUKMA dan Para SUKMA Edisi Ke-21 di Hotel Pullman, Kuching semalam.
— Gambar Chimon Upon SIMBOLIK PELANCARAN: Abdul Karim mewakili Abang Johari memasukkan obor digital ke dalam podium khas sebagai simbolik pelancaran SUKMA dan Para SUKMA Edisi Ke-21 di Hotel Pullman, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia