Utusan Borneo (Sarawak)

Guru rugi lebih RM16,000 tertipu tempahan makanan tidak wujud

-

Seorang guru wanita mengalami kerugian RM16,764.30 selepas terperdaya dalam urusan tempahan dan penghantar­an makanan dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu daripada mangsa berusia 40-an pada Jumaat.

Katanya, kes membabitka­n seorang guru yang terperdaya dalam urusan tempahan dan penghantar­an makanan secara dalam talian.

“Kejadian bermula pada 7 Mac lalu apabila mangsa tertarik dengan satu iklan di laman sosial Facebook yang menawarkan tempahan dan penghantar­an makanan secara bulanan.

“Mangsa telah menekan satu pautan iklan berkenaan dan berhubung dengan suspek yang memperkena­lkan diri dengan nama ‘Alex’ melalui aplikasi WhatsApp yang memaklumka­n tempahan makanan untuk 20 hari adalah berjumlah RM170 dan sekiranya menggunaka­n bekas makanan, maka terdapat penambahan bayaran deposit sebanyak RM100,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, mangsa yang setuju telah membuat satu transaksi bayaran tempahan berjumlah RM270 ke dalam satu akaun tempatan.

“Mangsa kemudian menerima satu pesanan ringkas daripada seorang lagi lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai ‘Lee’ meminta mangsa menekan satu pautan dan memuat naik aplikasi ‘H & Y delivery’.

“Tanpa curiga mangsa telah mengisi maklumat peribadi serta mendaftar menggunaka­n kad kredit bagi tujuan membuat pembayaran pendaftara­n sejumlah RM1 sebagai ahli baharu.

“Pada 8 Mac lalu mangsa telah menerima pesanan ringkas meminta nombor OTP dan menghubung­i pihak bank yang memaklumka­n bahawa kad kreditnya telah digunakan sebanyak RM16,494 bagi pembayaran ‘BigPay’.

“Mangsa berasa curiga dan sedari telah terpedaya oleh suspek lalu membuat laporan polis pada 8 Mac,” jelasnya.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 kanun keseksaan kerana menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia