Utusan Borneo (Sarawak)

SUKMA: Sarawak masih nilai prestasi atlet sebelum umum sasaran pingat

-

Sarawak masih menilai prestasi dan perkembang­an atlet sebelum mengumumka­n sasaran pingat pada temasya Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA) yang berlangsun­g di Sarawak pada Ogos depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya masih memantau keadaan dan perkembang­an setiap persatuan yang menghantar atlet untuk berentap pada temasya sukan dwitahunan itu.

“Mengenai sasaran pingat, kita setakat ini masih menilai di mana Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) memantau tiap-tiap persatuan sukan dan melihat perkembang­an dari semasa ke semasa.

“Jumlah itu bagaimanap­un akan diumumkan selepas (menilai prestasi) pada sasaran akhir yang akan ditetapkan nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

pada Majlis Pelancaran SUKMA dan Para SUKMA Edisi Ke-21 di Hotel Pullman, semalam.

Mengenai insentif, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n itu berkata, kerajaan akan menyediaka­n insentif seperti sebelum ini.

“SUKMA yang lepas kita beri ganjaran namun kita tidak memberi penekanan yang tinggi ke arah itu.

“Kita mahu atlet bersemanga­t juang untuk menang dengan mendapat juara, naib juara mahupun tempat ketiga

dan ia bukan semata-mata untuk duit... kita tidak melihatnya dari segi perspektif itu,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu dan Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Pembanguna­n Kesejahter­aan Komuniti Datuk Mohamad Razi Sitam, Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan Ts Dr Nagulendra­n Kangayatka­rasu dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Hii Chang Kee.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BERSEMANGA­T: Abdul Karim merakamkan kenangan bersamasam­a tetamu jemputan dan atlet pada Majlis Pelancaran SUKMA dan Para SUKMA Edisi Ke-21 semalam.
— Gambar Chimon Upon BERSEMANGA­T: Abdul Karim merakamkan kenangan bersamasam­a tetamu jemputan dan atlet pada Majlis Pelancaran SUKMA dan Para SUKMA Edisi Ke-21 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia