Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan kanal antara jalan penyelesai­an banjir di Kuching

Ia bagi mengalihka­n air Sungai Sarawak ke Sungai Salak: Fadillah

- Oleh Marlinda Mardzuki Dato Sri Fadillah Yusof Timbalan Perdana Menteri

KUCHING: Pembinaan saluran atau kanal bagi mengalihka­n air Sungai Sarawak ke Sungai Salak merupakan salah satu penyelesai­an bagi mengatasi masalah banjir di Kuching.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, projek tersebut yang menjadi sebahagian daripada rancangan tebatan banjir di Kuching kini dalam perancanga­n.

“Dengan adanya kanal ini, maka saluran air akan dipecah dua dan tidak lagi tertumpu di Sungai Sarawak sahaja.

“Tetapi (air) juga akan ke kawasan lain di Sungai Salak,” ujarnya selepas menyempurn­akan majlis penyerahan Baucar Bantuan ‘Back2Schoo­l’ Parlimen P.194 Petra Jaya di Dewan Malaysia Jaya di sini, semalam.

Fadillah menambah, proses reka bentuk bagi pembinaan kanal itu kini sedang dilaksanak­an oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak.

“Kita harap apabila reka bentuk projek tersebut dah siap tahun ini, kita dapat buka tender.

“Dan kemungkina­n tahun depan kerja-kerja pembinaan akan dapat bermula,” katanya.

Sementara itu, Fadillah dalam ucapannya memberitah­u seramai 1,150 pelajar di kawasan Parlimen Petra Jaya menerima baucar bantuan ‘Back To School’ (Kembali Ke Sekolah) membabitka­n peruntukan berjumlah RM115,000.

Pelajar berkenaan katanya, terdiri daripada 400 penerima dari kawasan Tupong, Semariang

(400 orang), Satok (200 orang), Pending (100 orang) dan 50 penerima yang memohon melalui Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya.

Menurutnya, sumbangan itu mampu mengurangk­an beban ibu bapa dalam persiapan sekolah anak-anak.

“Menerusi sumbangan yang diberikan, anak-anak dapat bersedia untuk memulakan

sesi persekolah­an demi masa depan mereka,” ujar Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Beliau dalam pada itu turut mengingatk­an para ibu bapa agar sentiasa memainkan peranan mendidik dan memantau perkembang­an pendidikan anak-anak mereka.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Persekutua­n-Negeri) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman serta tetamu kehormat lain.

“Kita harap apabila reka bentuk projek tersebut dah siap tahun ini, kita dapat buka tender.

 ?? ?? SAMPAIKAN: Fadillah menyampaik­an bantuan barangan persekolah­an kepada seorang murid pada majlis penyerahan Baucar Bantuan ‘Back2Schoo­l’ Parlimen P.194 Petra Jaya, semalam.
SAMPAIKAN: Fadillah menyampaik­an bantuan barangan persekolah­an kepada seorang murid pada majlis penyerahan Baucar Bantuan ‘Back2Schoo­l’ Parlimen P.194 Petra Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia