Utusan Borneo (Sarawak)

Wong kunjungi LAS bincang cara selesaikan masalah bekalan air

-

Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh bersama pasukannya berkesempa­tan berkunjung ke Lembaga Air Sibu (LAS), kelmarin.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan berkata, lawatan itu bagi mendapatka­n pandangan daripada LAS mengenai caracara menyelesai­kan masalah bekalan air di sini khususnya di kawasan Bawang Assan.

Wong berkata, beliau telah menerima aduan daripada penduduk terutamany­a di kawasan Bawang Assan mengenai masalah gangguan bekalan air.

“Tekanan air rendah berlaku di mana-mana terutamany­a di kawasan luar bandar seperti Bawang Assan, Pasai, Oya, Sibu Jaya dan sebagainya, malah terdapat

gangguan bekalan air pada masa-masa tertentu.

“Jadi kami mahu mendapatka­n penjelasan daripada LAS bagaimana untuk memperbaik­i keadaan terutamany­a semasa musim perayaan akan datang.

“Sebagai contoh, sukar untuk mendapatka­n bekalan air bagi penduduk yang tinggal di tingkat tiga dan empat flat di Sibu Jaya kerana tekanan air yang rendah,” ujarnya.

Beliau berkata, secara amnya LAS mempunyai semua rancangan untuk membetulka­n keadaan terbabit, termasuk membina tangki air aras tinggi.

“Sebagai contoh, mereka akan membina dua tangki air aras tinggi di kawasan Bawang Assan untuk menyimpan air pada kedudukan yang lebih tinggi untuk tekanan yang lebih baik,” tambahnya.

Wong juga dimaklumka­n mengenai masalah kebocoran air di kawasan bandar dan luar bandar.

“Saya diberitahu mengenai beberapa paip bocor dan telah berusia, yang mereka (LAS) rancang untuk ganti secara berperingk­at, malah LAS mempunyai semua perancanga­n untuk membetulka­n keadaan ini.

“Mudah-mudahan menjelang 2026 atau 2027, semua situasi ini akan bertambah baik.

“Jadi, saya harap orang ramai bersabar,” ujarnya.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Pengerusi PSB Dudong Wong Hie Ping, Timbalanny­a Kong Tze Ling dan Ketua Unit Bumiputera PSB Bawang Assan Andrew Shilling, selain Timbalan Pengurus Besar LAS Lau Pon Yin, Jurutera Siew Kok Kiong dan Loh Wei Lun.

 ?? ?? BINCANG: Wong (tengah) bersama (dari kiri) Hie Ping, Kong dan Andrew ketika berkunjung ke pejabat LAS kelmarin. Turut kelihatan (dari tiga kanan) Lau, Siew dan Loh.
BINCANG: Wong (tengah) bersama (dari kiri) Hie Ping, Kong dan Andrew ketika berkunjung ke pejabat LAS kelmarin. Turut kelihatan (dari tiga kanan) Lau, Siew dan Loh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia