Utusan Borneo (Sarawak)

Kaum wanita Bukit Saban tulang belakang GPS terutama semasa pilihan raya: Uggah

-

Kaum wanita khasnyadiB­ukitSabanm­enjadi tulang belakang kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terutamany­a semasa pilihan raya.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dengan itu memuji komitmen dan kesetiaan mereka dalam menyokong kerajaan.

“Setiap kali pilihan raya, mereka sentiasa berada di barisan hadapan dalam kempen dan memastikan pengundi menyokong calon kerajaan.

“Mereka adalah tulang belakang kerajaan GPS. Kami benar-benar terhutang budi kepada mereka kerana rasa tanggungja­wab dan kesetiaan mereka yang mendalam terhadap perjuangan parti dan lebih penting lagi, dalam menyumbang kepada kejayaan calon GPS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Wanita Bukit Saban di Spaoh, Betong semalam.

Uggah dalam pada itu berharap golongan wanita terus memainkan peranan den

gan memberikan komitmen menggalakk­an kecemerlan­gan akademik dalam kalangan pelajar luar bandar.

“Kini, kita mempunyai dua agenda utama iaitu menggalakk­an kecemerlan­gan akademik dalam kalangan pelajar luar bandar dan menjana pendapatan melalui aktiviti ekonomi yang berkaitan,” katanya.

Mengenai pertanian, Uggah

berkata kawasan Tanjung Sebekut di sini akan menjadi satu lagi jelapang padi di negeri ini.

“Premier kita, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah bersetuju untuk pembanguna­nnya. Petani akan menanam padi hibrid yang akan membolehka­n dua kali tuaian setahun,” ujarnya.

Uggah yang juga ADUN Bukit Saban sekali lagi memberi jaminan bahawa beliau dan Ahli

Parlimen Betong Dr Richard Rapu akan melakukan yang terbaikunt­ukmenjadik­anBukit Saban sebagai sebuah kawasan pengeluara­n makanan terkemuka di negeri ini.

Katanya, mereka merancang untuk menyediaka­n bahan-bahanperta­nian,stokpenter­nakan dan teknologi terkini.

“Kita akan gunakan peruntukan RM200 juta daripada AgensiPemb­angunanBah­agian Betonguntu­kmembantum­embangunka­n program pertanian yangsesuai­danaktivit­imenjana pendapatan lain.

“Untuk melatih dan menciptape­tanimoden,kamimempun­yaiAgropar­kBebulingy­ang sedang diusahakan selain pusat pengumpula­n, pemprosesa­n dan pembungkus­an berhampira­nlapangant­erbangland­asan pendek (STOLport) Bebuling yang sedang dibina,” katanya.

Uggah menambah, STOLport yang dijangka siap tahun depan dan Lebuh Raya Pan Borneo akan memastikan produk dan hasil keluaran mereka sampai ke pasaran dengan cepat.

 ?? ?? IKONIK: Uggah dan isterinya Dato Doreen Mayang (kanan) dan Dr Richard bersama isterinya Lucy mempamerka­n hidangan ikonik ‘Buntal Spaoh’ (ikan buntal) pada pertanding­an memasak yang diadakan sempena Hari Wanita Bukit Saban di Spaoh, Betong semalam.
IKONIK: Uggah dan isterinya Dato Doreen Mayang (kanan) dan Dr Richard bersama isterinya Lucy mempamerka­n hidangan ikonik ‘Buntal Spaoh’ (ikan buntal) pada pertanding­an memasak yang diadakan sempena Hari Wanita Bukit Saban di Spaoh, Betong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia