Utusan Borneo (Sarawak)

Pepper’s Cafe Hotel Promenade Bintulu tawar juadah bufet sempena Ramadan

-

Sempena dengan ketibaan bulan Ramadan, Pepper’s Cafe Hotel Promenade menawarkan harga berpatutan bagi pengunjung yang hendak berbuka puasa di restoran berkenaan.

Pengurus Hotel Promenade Bintulu Mohd Nomyni Mohd Yusof berkata, menu yang disajikan secara bufet ini bertemakan ‘Nostalgia Kampung’ dan bermula 13 Mac hingga 6 April.

Dengan mengetenga­hkan pelbagai pilihan juadah tradisiona­l dan moden, antara yang disajikan sepanjang tempoh promosi ialah kambing golek, steak lembu mini, kaki kambing biri-biri, ikan pari bakar, udang goreng kunyit berlada dan pajeri terung.

Katanya, pengunjung juga boleh mencuba beberapa menu lain yang menyelerak­an seperti pucuk paku-pakis tumis masak lemak, ayam masak merah, rendang daging, semur ikan tenggiri, sup kambing batawi dan sup tulang rawan.

“Suasana dan menu yang dihidangka­n dijangka mengembali­kan semula nostalgia berbuka puasa zaman dahulu seperti di kampung halaman meskipun dunia sudah menginjak arus pemodenan,” ujarnya pada majlis pelancaran tawaran juadah bufet Ramadan di Pepper’s Cafe di hotel berkenaan, kelmarin.

Menurutnya, dengan kadar harga berpatutan iaitu caj RM98 bagi orang dewasa,

RM68 bagi warga emas dan RM48 bagi kanak-kanak, setiap pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah berbuka puasa bermula jam 6 petang hingga 9 malam.

Selain itu, pengunjung yang menginap di hotel boleh menikmati harga serendah RM199 semalam yang disertakan sekali sama ada sarapan pagi atau sahur untuk dua orang.

Bagi setiap tetamu hotel katanya, mereka boleh menikmati hidangan bufet

Ramadan pada harga RM78 seorang.

Justeru, pihak hotel mengalukan-alukan pengunjung untuk meraikan bulan mulia ini bersama keluarga dan rakan-rakan di Pepper’s Cafe dengan harga promosi berpatutan.

Untuk tempahan dan pertanyaan, orang ramai boleh menghubung­i Pepper’s Cafe di talian 086-858888 atau e-mel ke bahagian jualan di sales_bintulu@promenade.com.my.

 ?? ?? MENYELERAK­AN: Hidangan kambing golek antara menu istimewa yang disajikan di Pepper’s Cafe sempena promosi Ramadan yang bermula 13 Mac hingga 6 April.
MENYELERAK­AN: Hidangan kambing golek antara menu istimewa yang disajikan di Pepper’s Cafe sempena promosi Ramadan yang bermula 13 Mac hingga 6 April.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia