Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha giat untuk selaraskan jurang pembanguna­n di Sarawak: Mawan

-

Kerajaan Sarawak akan terus berusaha dan membangunk­an kawasankaw­asan luar bandar dengan pelbagai cara bagi memastikan jurang pembanguna­n dengan bandar dapat diselarask­an.

Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah) Tan Sri William Mawan Ikom berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan juga pada masa kini tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n yang digerakkan oleh oleh kerajaan Sarawak.

“Di DUN Pakan ini, kebanyakan pendudukny­a bergantung kepada sektor pertanian dalam menjana sumber pendapatan untuk pembanguna­n sosioekono­mi.

“Justeru, kita ingin menyeru kepada masyarakat kita di kawasan ini agar sentiasa berusaha untuk memajukan diri dengan pelbagai cara serta bertindak bijak dan pantas untuk merebut segala bentuk peluang pembanguna­n yang diwujudkan oleh kerajaan.

“Pada masa ini di DUN Pakan, kita melihat pelbagai bentuk pembanguna­n telah dilaksanak­an oleh kerajaan yang merangkumi pemantapan kemudahan infrastruk­tur, pembanguna­n pertanian, memantapka­n jaringan komunikasi dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Kesyukuran Projek Atap Rumah Panjang di Rumah George Chunggut, Nansang, Pakan kelmarin.

Pada majlis sama, Mawan menyeru ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) yang telah diberikan amanah sebagai pemimpin di peringkat akar umbi agar memberikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat.

Katanya, ini amat penting untuk membina kepercayaa­n dan keyakinan masyarakat terhadap pertadbira­n mereka. “Pastikan KMKK ini menunjukka­n teladan yang baik kepada masyarakat.

“Apabila membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan keperluan masyarakat, mereka perlulah bersikap adil, rasional dan bijak dalam mentadbir sesebuah institusi lebih-lebih lagi di rumah panjang.

“Kita sedar bahawa tugas KMKK ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka bakal berhadapan dengan pelbagai kerenah penduduk, namun semua itu haruslah dihadapi dengan bijak,” ujar Mawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia