Utusan Borneo (Sarawak)

JKNS giat bangunkan kemudahan pergigian di klinik-klinik di Sarawak

-

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) sedang giat membangunk­an kemudahan pergigian di klinik-klinik di negeri ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, ia merupakan usaha jabatan untuk meningkatk­an kualiti hidup rakyat Sarawak melalui penambahba­ikan berterusan dalam penyampaia­n penjagaan kesihatan mulut, di samping perkembang­an lain dalam penjagaan kesihatan.

“Jabatan sedang meneruskan pembanguna­n lima lagi kemudahan pergigian baharu di klinik kesihatan iaitu Klinik Pergigian Siburan, Serian, Tabuan Jaya dan Lawas, manakala bagi projek yang sedang dilaksanak­an iaitu di Hospital Petra Jaya akan menyediaka­n penjagaan kesihatan pergigian pakar.

“Pada 2 Januari 2024, Klinik Pergigian Bandaraya Miri yang baharu telah beroperasi secara rasmi. Ini adalah pencapaian yang luar biasa, lebih banyak kemudahan pergigian kini tersedia di seluruh negeri dalam menyediaka­n penjagaan kesihatan pergigian am dan pakar kepada orang ramai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Kongres Pergigian Borneo Ke-12 dan Pameran Perdaganga­n di sini, semalam dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Premier yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Tambah Abang Johari, sehingga 2022, terdapat 49 klinik pergigian kerajaan di Sarawak di mana 39 klinik pergigian menyediaka­n perkhidmat­an

penjagaan kesihatan pergigian primer kepada orang awam.

Selain itu katanya, lima klinik pergigian di UTC (Pusat Transforma­si Bandar) dan RTC (Pusat Transforma­si Luar Bandar) bersama-sama lima hospital menyediaka­n pakar penjagaan pergigian termasuk pembedahan mulut, pediatrik pergigian, patologi mulut, pergigian penjagaan khas dan pergigian forensik.

Tambah beliau, pada masa yang sama, sembilan klinik pergigian primer menyediaka­n penjagaan pergigian pakar bukan berasaskan hospital, iaitu ortodontik, pergigian restoratif, periodonti­k dan kesihatan awam pergigian.

“Selain menyediaka­n penjagaan kesihatan pergigian untuk orang awam, penjagaan kesihatan pergigian murid sekolah di Sarawak juga tidak dilupakan.

“Terdapat 151 klinik pergigian

sekolah menyediaka­n penjagaan pergigian tambahan setiap tahun untuk kanak-kanak sekolah rendah dan menengah.

“Selain itu, perkhidmat­an penjagaan pergigian sekolah diperluask­an kepada guruguru dan kakitangan sekolah di 27 sekolah terpilih di Sarawak melalui inisiatif baharu iaitu ‘Program Pemasyarak­atan Klinik Pergigian Sekolah’,” ujarnya.

Abang Johari berkata, untuk rekod terdapat 129 klinik pergigian swasta pada 2022 dengan 205 pengamal pergigian swasta.

Katanya, angka itu menjadikan nisbah penduduk kepada doktor gigi di Sarawak pada 2022 ialah seorang bagi setiap 3,829 penduduk.

Hadir sama majlis itu ialah Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) Profesor Madya Dr Mas Suryalis Ahmad dan pengerusi pengelola Dr Mary Chieng.

 ?? ?? KEMUDAHAN: Dr Sim (dua kanan) yang mewakili Abang Johari mengadakan lawatan ke pameran kemudahan kesihatan pergigian yang diadakan sempena Kongres Pergigian Borneo Ke-12, semalam. Turut kelihatan Dr Mary (kanan).
KEMUDAHAN: Dr Sim (dua kanan) yang mewakili Abang Johari mengadakan lawatan ke pameran kemudahan kesihatan pergigian yang diadakan sempena Kongres Pergigian Borneo Ke-12, semalam. Turut kelihatan Dr Mary (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia