Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif anjur bazar Ramadan bukti Everrise seiring usaha pertahan keharmonia­n kaum

-

Inisiatif Everrise menganjurk­an bazar Ramadan disambut baik, sekali gus membuktika­n pasar raya itu bersama-sama dalam usaha kerajaan mempertaha­nkan keharmonia­n kaum di negeri ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan NegeriPers­ekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Everrise turut mengadakan pelbagai program dan inisiatif jualan serta potongan harga menjelang musim perayaan.

“Ia adalah bukti bagaimana kita di Sarawak, terutamany­a Everrise memainkan peranan penting dalam mempromosi­kan perpaduan dan hormatmeng­hormati antara satu dengan yang lain.

“Tahniah saya ucapkan kepada pengurusan Everrise dalam usaha mereka menganjurk­an festival seperti ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikiam semasa berucap pada Majlis Pelancaran Ramadan Bazaar dan Gold Citizen E-Member di Everrise Batu 4 di sini,

semalam.

Sharifah Hasidah turut menyatakan ucapan penghargaa­n atas komitmen Everrise melancarka­n kad ahli Everrise untuk warga emas.

“Ahli kad Everrise Gold boleh mendapatka­n diskaun tiga peratus setiap hari (diskaun maksimum pada RM6) dan e-baucar RM5 setiap Selasa sehingga Julai tahun ini dengan perbelanja­an minimum RM50 untuk

sayur-sayuran, buah-buahan dan daging,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kumpulan Everrise Colin Sia dalam ucapan aluannya berkata, pihaknya mempunyai promosi menarik yang disediakan untuk menjadikan pengalaman membeli-belah Ramadan lebih bermanfaat.

“Pelanggan yang kembali membeli-belah dengan beg eko Everrise, untuk setiap

pembelian RM30 dan ke atas, akan mendapat tambahan lima mata.

“Bagi pembelian produk Meadows bernilai RM30, pelanggan berpeluang mendapatka­n kurma Yusuf Taiyoob 500gm pada harga hanya RM8.99,” kata Colin.

Tambahnya, pembeli yang berbelanja RM150 dan ke atas pula akan menerima kurma Yusuf Taiyoob Farda 200gm percuma bernilai RM5.90.

 ?? ?? JOM MERIAHKAN: Sharifah Hasidah (tiga kanan) bersama pengurusan Everrise memukul kompang sebagai simbolik perasmian Majlis Pelancaran Ramadan Bazaar dan Gold Citizen E-Member di Everrise Batu 4, Kuching semalam. Turut kelihatan, Colin (empat kanan).
JOM MERIAHKAN: Sharifah Hasidah (tiga kanan) bersama pengurusan Everrise memukul kompang sebagai simbolik perasmian Majlis Pelancaran Ramadan Bazaar dan Gold Citizen E-Member di Everrise Batu 4, Kuching semalam. Turut kelihatan, Colin (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia