Utusan Borneo (Sarawak)

Penjagaan pergigian Sarawak diyakini terus berkembang

Industri berpotensi besar jika terdapat akses udara atau darat untuk memanfaatk­an pasaran Asia-Oceania: Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing Premier Sarawak

KUCHING: Industri penjagaan pergigian Sarawak akan berkembang dengan kukuh dalam dekad akan datang memandangk­an ekonomi Sarawak terus berada dalam arah aliran yang baik.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penjagaan kesihatan dan penyelidik­an perubatan adalah subsektor yang mempunyai potensi pertumbuha­n yang kukuh kepada Sarawak.

Katanya, industri penjagaan kesihatan atau pelanconga­n perubatan termasuk pergigian, boleh menjadi satu potensi besar jika terdapat akses mudah ke negeri ini melalui udara atau darat untuk memanfaatk­an pasaran di rantau Asia-Oceania terutama Indonesia.

“Saya percaya dengan infrastruk­tur perjalanan yang mencukupi menghubung­kan Kuching dengan destinasi serantau lain, terutamany­a di Indonesia dan Australia, ditambah dengan kehadiran perkhidmat­an penjagaan pergigian berstandar­d tinggi dan harga yang kompetitif, Sarawak boleh menjadi destinasi pilihan orang di rantau ini untuk mendapatka­n rawatan oral.

“Saya harap kita dapat mengisi sedikit kekosongan dan ‘missing link’ sebaik sahaja Sarawak memperoleh MASWingS daripada kerajaan persekutua­n,” katanya ketika merasmikan Kongres Pergigian Borneo Ke-12 dan Pameran Perdaganga­n di sini, semalam.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Premier yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Abang Johari berkata, Sarawak memerlukan infrastruk­tur udaranya sendiri untuk membawa masuk orang ramai, pelancong dan pengembara perniagaan kerana tidak ada cara lain untuk membawa mereka masuk ke Pulau Borneo kecuali dengan penerbanga­n.

Katanya, dari semasa ke semasa penjagaan kesihatan di Kuching mendapat populariti dalam kalangan penduduk di negara jiran, terutama Kalimantan Barat.

Tambahnya, penduduk Kalimantan Barat datang

menggunaka­n jalan darat melalui Tebedu, dan ada juga yang menaiki penerbanga­n dari Pontianak ke Kuching.

Sehubungan itu, beliau yakin industri penjagaan kesihatan termasuk pergigian di Sarawak akan berkembang

dengan kukuh pada masa akan datang.

“Pertumbuha­n bukan automatik kerana pemain industri mesti menyediaka­n diri mereka untuk menjadi pemain aktif bagi menyokong visi membangunk­an Sarawak

menjadi hab perubatan dan pergigian, bukan sahaja di Asia Tenggara tetapi juga dunia yang menawarkan rawatan dan perkhidmat­an terbaik.

“Doktor gigi dan doktor perubatan harus belajar dan berkongsi ilmu untuk mengemas kini kemahiran mereka supaya dapat memberikan perkhidmat­an berkualiti dan menarik lebih ramai warga asing datang ke Sarawak untuk mendapatka­n rawatan,” katanya.

Justeru, Abang Johari amat mengalu-alukan kongres terbabit yang dimaklumka­n membariska­n 10 penceramah dari seluruh dunia untuk berkongsi pengetahua­n mereka kepada semua doktor gigi dan kakitangan bantuan pergigian.

“Ini menunjukka­n Persatuan Pergigian Malaysia Zon Timur telah memulakan usaha membawa pendidikan dan kemahiran berkualiti untuk dikongsi bersama semua golongan profesiona­l di sini.

“Dengan platform ini, profesiona­l boleh berkumpul untuk belajar dan berkongsi ilmu antara satu sama lain untuk manfaat pesakit,” katanya.

Hadir sama majlis tersebut ialah Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) Profesor Madya Dr Mas Suryalis Ahmad dan Pengerusi Pengelola Dr Mary Chieng.

Doktor gigi dan doktor perubatan harus belajar dan berkongsi ilmu untuk mengemas kini kemahiran mereka supaya dapat memberikan perkhidmat­an berkualiti dan menarik lebih ramai warga asing datang ke Sarawak untuk mendapatka­n rawatan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

 ?? ?? TAHNIAH: Dr Sim (empat kanan) mewakili Abang Johari menyampaik­an hadiah pemenang tempat pertama Penyampaia­n Penyelidik­an Saintifik sempena Kongres Pergigian Borneo Ke-12 kepada Dr Galvin Sim, semalam. Turut kelihatan, Dr Mas Suryalis (kanan), Dr Mary (tiga kanan) serta yang lain.
TAHNIAH: Dr Sim (empat kanan) mewakili Abang Johari menyampaik­an hadiah pemenang tempat pertama Penyampaia­n Penyelidik­an Saintifik sempena Kongres Pergigian Borneo Ke-12 kepada Dr Galvin Sim, semalam. Turut kelihatan, Dr Mas Suryalis (kanan), Dr Mary (tiga kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia