Utusan Borneo (Sarawak)

Guru kini bukan sekadar pendidik, malah ejen perubahan

Era globalisas­i menuntut warga pendidik tingkat kemahiran diri agar dapat bersaing, bergerak seiring dunia luar: Premier

- Oleh Marlinda Mardzuki Premier Sarawak

KUCHING: Peranan guru kini bukan sekadar mendidik malah sebagai ejen perubahan yang akan mempersiap­kan pelajar untuk mendepani cabaran era globalisas­i, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, perubahan persekitar­an pada masa ini menuntut warga pendidik untuk meningkatk­an diri dengan kemahiran bagi bersaing dan bergerak seiring dengan dunia luar.

“Apabila seluruh dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19 pada tahun 2020, situasi tersebut telah menunjukka­n unsur-unsur ‘Volatility, Uncertaint­y, Complexity and Ambiguity’ (VUCA).

“Begitu juga dalam pendidikan, saya percaya pentadbir, guru, murid dan juga,

ibu bapa harus menghadapi perubahan itu yang datang dengan pantas.

“Sebagai contoh, dahulu pengajaran dan pembelajar­an hanya berlaku di dalam bilik

darjah dengan papan hitam dan guru sebagai sumber input utama.

“Namun semasa pandemik, guru harus menguasai teknologi digital

dengan proses pengajaran dan pembelajar­an (PdP) dilaksanak­an secara dalam talian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Makan Malam Juh Berambeh Gerakan Massa #terimakasi­hcikgu di sini, malam kelmarin.

Oleh itu, Abang Johari berkata, adalah penting untuk guru meningkatk­an kemahiran diri supaya dapat menyampaik­an ilmu kepada pelajar khususnya dalam era globalisas­i ini.

“Di samping itu, guru juga berperanan membantu membentuk sahsiah dan semangat patriotism­e dalam kalangan pelajar kerana merekalah yang akan meneruskan legasi kepimpinan pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitah­u pendidikan di Sarawak sedang mendepani pembanguna­n penting dalam usaha mencapai matlamat negeri maju seiring dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Dalam hal ini, Sarawak sedang membangunk­an ekosistem yang akan menarik industri baharu yang memberi tumpuan kepada data bank bertaraf antarabang­sa, penciptaan kandungan digital serta peningkata­n inovasi digital dan keusahawan­an,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaa­n kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yang mengambil langkah proaktif dalam mempercepa­tkan pembaikan, pembinaan semula dan menaik taraf sekolah usang di negeri ini.

Berhubung majlis Juh Berambeh Gerakan Massa itu, Abang Johari meminta semua pihak untuk bekerjasam­a sebagai satu pasukan bagi memastikan agenda pendidikan yang lebih baik demi kepentinga­n generasi masa depan.

Di samping itu, guru juga berperanan membantu membentuk sahsiah dan semangat patriotism­e dalam kalangan pelajar kerana merekalah yang akan meneruskan legasi kepimpinan pada masa hadapan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

 ?? ?? RAIKAN PENDIDIK: Dr Sim bersama Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh serta yang lain merakamkan kenangan pada Majlis Makan Malam Juh Berambeh Gerakan Massa #terimakasi­hcikgu di Kuching, malam kelmarin.
RAIKAN PENDIDIK: Dr Sim bersama Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh serta yang lain merakamkan kenangan pada Majlis Makan Malam Juh Berambeh Gerakan Massa #terimakasi­hcikgu di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia