Utusan Borneo (Sarawak)

Kapitan Yap cadang laluan alternatif ke Pekan Tatau

-

Seorang pemimpin masyarakat Cina di Pekan Tatau menyaranka­n agar dibina laluan alternatif lebih dekat untuk pengguna jalan raya dan penduduk untuk memasuki pekan tersebut dalam usaha membantu menjana dan meningkat ekonomi peniaga di situ.

Kapitan Yap Ai Siok berkata, selepas siapnya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di laluan Tatau, pengguna jalan raya dan penduduk perlu memandu beberapa kilometer lebih jauh menuju lebuh raya di kedua-dua belah laluan dari Sibu dan Bintulu untuk melakukan pusingan ‘P’ ke Pekan Tatau.

“Meskipun Lebuh Raya Pan Borneo memendekka­n perjalanan dari Kuching ke Miri, namun ada pekan-pekan kecil di sepanjang laluan mengalami impak kurangnya orang luar memasuki pekan mereka disebabkan akses masuknya sukar,” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata, banyak bahagian jalan telah diluruskan melepasi beberapa bahagian pekan kecil dan Pekan Tatau antaranya terletak di sebelah jalan utama Pan Borneo yang tidak boleh diakses

secara langsung sebaliknya perlu melakukan pusingan ‘P.’

Kebanyakan pemandu kenderaan yang melalui laluan ini katanya, kemungkina­n tidak akan menukar arah laluan untuk ke Pekan Tatau sekali gus keadaan ini menjejaska­n ekonomi dan perniagaan di Pekan Tatau.

Katanya, hanya sedikit orang luar yang berkunjung dan memasuki

ke Pekan Tatau menyebabka­n aktiviti perniagaan di pekan itu kelihatan agak perlahan.

“Kita berharap agensi yang bertanggun­gjawab dan yang berkaitan dapat mempertimb­angkan untuk mencari kaedah penyelesai­an terbaik untuk membina laluan lain yang boleh memudahkan orang ramai dan penduduk memasuki Pekan Tatau,” katanya.

 ?? ?? KURANG RANCAK: Keadaan Pekan Tatau kelihatan agak sunyi dalam aktiviti perniagaan.
KURANG RANCAK: Keadaan Pekan Tatau kelihatan agak sunyi dalam aktiviti perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia