Utusan Borneo (Sarawak)

KMKK perlu tumpu aspek keselamata­n, kemajuan kampung: Dr Abdul Rahman

-

Ketua kampung dan ketua kaum (KMKK) memainkan peranan penting bukan saja membangunk­an kawasan tetapi juga memberi tumpuan kepada aspek keselamata­n dan kemajuan kampung.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, peranan KMKK semakin kompleks yang menuntut mereka untuk terus memberi perhatian dalam semua aspek pembanguna­n kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu menjelaska­n kepimpinan di peringkat akar umbi perlu membantu merealisas­ikan agenda pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan secara berterusan.

“Sebab itulah pemilihan KMKK dibuat dengan teliti, sebab kita tidak mahu kampung dan rumah panjang serta kawasan di bandar tertinggal.

“Peranan mereka amat penting dan besar untuk menjaga kawasan

masing-masing termasuk keselamata­n dan kemajuan kampung,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN Bukit Kota di Dewan Kampung Bunga Raya di sini, semalam.

Turut hadir ialah Residen Limbang Yunus Tambi dan Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal.

Jelas Dr Abdul Rahman lagi, kerajaan menyediaka­n pelbagai

kemudahan dan prasarana asas termasuk jalan raya, air, elektrik, pembinaan dewan dan kemudahan lain untuk keperluan dan keselesaan penduduk di kawasan kampung dan rumah panjang.

Katanya, perkembang­an teknologi pada masa ini menuntut peranan proaktif di peringkat kepimpinan akar umbi untuk memperkasa­kan kemajuan dalam semua aspek termasuk ekonomi, sosial, pendidikan, teknologi dalam kalangan masyarakat.

 ?? ?? MANFAATKAN SEBAIKNYA: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahka­n cek MRP kepada Ketua Kampung Bulantak Abdul Aji Ali disaksikan Yunus (empat kiri), Sulaiman dan Pemanca Leong Boon Ming.
MANFAATKAN SEBAIKNYA: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahka­n cek MRP kepada Ketua Kampung Bulantak Abdul Aji Ali disaksikan Yunus (empat kiri), Sulaiman dan Pemanca Leong Boon Ming.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia