Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak negeri teratas di Malaysia dalam kempen penanaman pokok

-

LIMBANG: Sarawak berjaya menanam lebih 32 juta anak pokok, sekali gus menjadi negeri teratas di Malaysia dalam Kempen Penanaman 100 Juta Anak Pokok yang dijalankan sejak Januari 2021.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kempen tersebut menyasarka­n penanaman sebanyak 100 juta pokok menjelang 2025.

“Dari jumlah itu Sarawak komited untuk menanam 35 juta pokok menjelang 2025 atau secara purata iaitu tujuh juta setahun.

“Setakat hari ini (semalam), Sarawak melalui jabatan hutan telahpun berjaya menanam pokok sebanyak 32,477,000 pokok,” katanya ketika ditemui media pada Program Arbor Day 2024 di Masjid Jannatul Firdaus Limbang sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri, semalam.

Hadir pada program sama ialah Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Residen Limbang

Yunus Tambi dan Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Sarawak menambah, program itu diadakan bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran alam sekitar, meluaskan hutan bandar, pemulihara­an warisan budaya dan mengurangk­an risiko bencana.

Antara spesies pokok yang ditanam termasuk belian, medang, sempilor, bintangor laut dan geronggang membabitka­n 1,002 anak pokok.

Kata beliau , Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 menggarisk­an tujuh teras utama dalam usaha mencapai status negeri maju menjelang 2030.

“Salah satu daripada teras utama ialah kerajaan negeri ingin memastikan kelestaria­n alam sekitar terjaga dan seimbang dengan pelaksanaa­n

pelbagai program pembanguna­n,” jelasnya lagi.

Katanya, pelaksanaa­n program pemulihara­an landskap hutan itu adalah selari dengan aspirasi kerajaan negeri untuk membangunk­an ekonomi serta mengekalka­n kelestaria­n alam sekitar.

Pada masa sama katanya, masyarakat perlu menjaga alam sekitar dan mengelak berlakunya kecurian anak pokok dan aktiviti yang boleh memusnahka­n kehijauan alam sekitar.

 ?? ?? MALAYSIA HIJAU: Awang Tengah (depan enam kiri) dan tetamu kenamaan lain pada Program Arbor Day 2024 di Masjid Jannatul Firdaus Limbang, semalam.
MALAYSIA HIJAU: Awang Tengah (depan enam kiri) dan tetamu kenamaan lain pada Program Arbor Day 2024 di Masjid Jannatul Firdaus Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia