Utusan Borneo (Sarawak)

AZAM Sarawak anjur bengkel bantu 32 belia tingkat kemahiran kerjaya

-

KUCHING:AngkatanZa­man Mansang (AZAM) Sarawak menganjurk­an bengkel kemahiran pembanguna­n kerjaya berbentuk gamifikasi untuk membantu 32 belia muda meningkatk­an kemahiran berkaitan kerjaya mereka.

Setiausaha Kehormat AZAM Sarawak Mohd Ariff Irwani berkata, program itu bertujuan memberi gambaran kepada peserta berhubung persediaan diri bagi memasuki dunia profesiona­l dengan kemahiran praktikal dan memupuk semangat kesukarela­wanan dalam kalangan mereka.

“Ini adalah sebahagian daripada program Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia AZAM yang cuba membantu dari segi pembanguna­n kerjaya.

“Pendekatan yang kami gunakan adalah pendekatan yang sangat unik, di mana kami menggunaka­n permainan simulasi perniagaan.

“Permainan ini akan mendedahka­n anda kepada semua cabaran dari segi kemahiran dan pengetahua­n yang diperlukan untuk anda mendaki kerjaya dalam bidang korporat.

“Kami percaya program ini mampu memberi ilmu yang boleh membimbing anda sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian

semasa program Bengkel Pembanguna­n Kemahiran Kerjaya 3.0 AZAM Sarawak di Pusat Inovasi Warisan Kreatif Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) di sini, semalam.

Mohd Ariff berkata, aktiviti itu bertujuan untuk meningkatk­an kesukarela­wanan dalam kalangan belia dan memudahkan peluang rangkaian dalam AZAM

Young Souls, sejajar dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dan agenda pembanguna­n negeri terkini.

Peserta terdiri daripada golongan belia dari pelbagai sektor termasuk sektor swasta, agensi berkaitan kerajaan negeri, Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA), Kelab Belia Stapok, Kelab Belia Kampung Subang dan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC).

Selain itu, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Institut Pembanguna­n Sarawak (SDI), dan pelajar dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN).

Turut hadir Eksekutif Perhubunga­n Awam Sarawak Digital Economy Corporatio­n (SDEC) Berhad Asyraf Hardy, Presiden SDGA Dr Jawing Chunggat dan ahli AZAM Sarawak Telemachus Lo.

 ?? ?? SYABAS: Mohd Ariff (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada seorang pengamal media yang juga peserta program, Moeka Ashley Shimizu yang berjaya mencapai jawatan ‘Ketua Pegawai Eksekutif ’dalam permainan papan AZAM Sarawak pada bengkel tersebut. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Jawing, Telemachus dan Asyraf.
SYABAS: Mohd Ariff (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada seorang pengamal media yang juga peserta program, Moeka Ashley Shimizu yang berjaya mencapai jawatan ‘Ketua Pegawai Eksekutif ’dalam permainan papan AZAM Sarawak pada bengkel tersebut. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Jawing, Telemachus dan Asyraf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia