Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tiada tempat untuk pelampau

Ekstremism­e bawa konflik, huru-hara serta ancam kemajuan sesebuah negara: Lee

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Adalah penting untuk setiap rakyat sentiasa melindungi Sarawak daripada unsur-unsur yang tidak diingini seperti pelampau, sama ada politik, kaum atau agama.

Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ekstremism­e akan mengakibat­kan konflik dan huru-hara serta menggugat kemajuan sesebuah negara.

“Kita tidak boleh membiarkan diri kita terlalu dipengaruh­i oleh sesiapa yang menyebarka­n fahaman ekstremism­e.

“Kita juga mesti berwaspada untuk tidak membenarka­n mana-mana ekstremis memasuki Sarawak.

“Sarawak tidak mempunyai tempat untuk pelampau,” tegas Lee.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Persatuan-Persatuan Cina Bersekutu (FCA) Bahagian Miri di Eastwood Valley Golf and Country Club di sini, kelmarin.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd

Sanusi.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, salah satu faktor kritikal yang membolehka­n Sarawak menarik pelaburan asing adalah kestabilan politik, kerajaan yang stabil, kuat dan progresif.

Menurutnya, Sarawak telah berjaya menarik pelaburan berbilion ringgit yang telah membantu dalam pertumbuha­n dan kemajuan ekonomi.

Malah katanya, Bank Dunia telah memberikan Sarawak status pendapatan tinggi pada tahun lalu.

Sarawak dilihat menumpukan kepada ekonomi digital dan hijau yang juga selaras dengan Matlamat Pembanguna­n

Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengurangk­an pelepasan karbon yang telah menarik pelabur mengenai tenaga hijau, tambahnya.

Lee memberitah­u, kerajaan Sarawak mengamalka­n polisi inklusif iaitu menjaga semua rakyat dan agama.

Contohnya dalam pendidikan Cina, kerajaan Sarawak telah mengiktira­f kelayakan Sijil Peperiksaa­n Bersapadu (UEC) serta menambah peruntukan untuk Sekolah Persendiri­an Cina daripada RM3 juta kepada RM10 juta.

Selain itu menurut Lee, kerajaan Sarawak adalah satu-satunya kerajaan negeri

di Malaysia yang telah menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Premier kita telah meluluskan peruntukan besar untuk membantu agama lain di Sarawak.

“Tahun lalu sebanyak RM100 juta. Tahun ini telah dinaikkan kepada RM110 juta.

“Bantuan kewangan juga diberikan kepada sekolah mubaligh oleh kerajaan negeri kita,” jelasnya.

Justeru, Lee meminta rakyat untuk memperkuku­hkan perpaduan, keharmonia­n dan saling menghormat­i.

Rakyat katanya, harus menunjukka­n masyarakat majmuk boleh dibangunka­n untuk menjadi kekuatan dan aset dengan mempamerka­n keindahan Sarawak dalam kepelbagai­an.

Turut berucap Presiden FCA Miri dan Naib Presiden FCA Sarawak Dato David Goh.

Hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat dan ADUN Pujut yang juga Datuk Bandar Adam Yii.

“Kita juga mesti berwaspada untuk tidak membenarka­n mana-mana ekstremis memasuki Sarawak. Sarawak tidak mempunyai tempat untuk pelampau.

Dato Sri Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an

 ?? ?? HARMONI: Tun Wan Junaidi (enam kiri), Goh dan Lee bersama tetamu kehormat lain menggaul ‘yee sang’ tanda simbolik perasmian Majlis Makan Malam TBC FCA di Eastwood, Miri kelmarin.
HARMONI: Tun Wan Junaidi (enam kiri), Goh dan Lee bersama tetamu kehormat lain menggaul ‘yee sang’ tanda simbolik perasmian Majlis Makan Malam TBC FCA di Eastwood, Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia