Utusan Borneo (Sarawak)

Lima kelab Lions jayakan projek komuniti di Telang Usan

-

Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308-A2 Wilayah 4 Zon 9 mengadakan Projek Komuniti Luar Bandar Telang Usan 2024 di Kampung Long Bemang,LongTujang­danLong Buang bermula kelmarin dan berakhir semalam.

Kelab tersebut dalam satu kenyataan media berkata, lima kelab yang terlibat dalam projek amal ini adalah Kelab Lions Miri Mandarin, Kelab Lions Batu Niah, Kelab Lions Lambir, Kelab Lions Lutong dan Kelab Lions Marudi Mandarin.

“Misi amal ini diadakan bertujuan bagi membantu dan meningkatk­an kualiti hidup masyarakat suku kaum di kawasanped­alamandand­ianggarkan sebanyak 100 pintu rumah meliputi 450 penduduk akan mendapat manfaatnya.

“Rombongany­angmengiku­ti misi ini dianggotai seramai 50 orang dengan menggunaka­n 19 kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang bergerak seawal jam 6 pagi Jumaat dari tempat letakkeret­apasarraya­diRiam,” katanya lanjut.

Sementarai­tu,projekkhid­mat komuniti yang diadakan terdiri daripadaas­pekpendidi­kan,alam sekitar, penglihata­n, mengatasi kelaparan,kesihatan,kanserdan belia.

Selain itu, rombongan ini juga turut memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran rumah panjang 17 pintu di Long Kerangan pada Rabu.

Bantuan yang diagihkan adalah seperti pakaian, bekalan makanan dan air minuman.

Dalam pada itu, Gabenor Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308-A2 Kapitan Ronny Hiew turut mengikut rombongan berkenaan dan merasmikan program ini di Dewan Long Tujang.

“Antara agensi turut terlibat dalam misi ini ialah Hospital Miri, Klinik Kesihatan Long Bemang,PejabatDae­rahTelang Usan, Pejabat Daerah Kecil Long Bedian dan Pejabat Majlis Daerah Marudi.

“Kami menggunaka­n 4WD yang disokong TCH Hardware, JL Nippon Auto Sdn Bhd, Rimbunan Hijau Auto Services Sdn Bhd, KM Mobil Sdn Bhd dan Woodman Sdn Bhd,” ujarnya.

 ?? ?? USAHA MURNI: Rombongan Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308-A2 Wilayah 4 Zon 9 merakamkan gambar sebelum bertolak ke Kampung Long Bemang, Long Tujang dan Long Buang kelmarin bagi melaksanak­an Projek Komuniti Luar Bandar Telang Usan 2024.
USAHA MURNI: Rombongan Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308-A2 Wilayah 4 Zon 9 merakamkan gambar sebelum bertolak ke Kampung Long Bemang, Long Tujang dan Long Buang kelmarin bagi melaksanak­an Projek Komuniti Luar Bandar Telang Usan 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia