Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan pandang remeh program hari tanpa kenderaan

Biarpun hanya beberapa jam, ia berperanan penting terhadap kesinambun­gan alam sekitar dan perubahan iklim: Yii

- Oleh Clare Cinderella Adam Yii Datuk Bandar Miri

MIRI: Jangan pandang remeh program hari tanpa kenderaan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, meskipun hanya sehari sahaja untuk tempoh beberapa jam sekalipun kerana ia memainkan peranan yang amat besar terhadap kesinambun­gan alam sekitar dan perubahan iklim.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, penganjura­n program tanpa kereta di sini atau ‘Miri City Car-Free Day 2024’ bukan sekadar hari biasa, sebaliknya hari yang besar kepentinga­nnya yang memberi peringatan kepada semua tentang peranan mereka dalam membantu mengurangk­an pelepasan karbon.

“Kepentinga­n program ‘Miri City Car-Free Day 2024’ tidak boleh dipandang rendah.

“Ia berfungsi sebagai peringatan yang kuat tentang tindakan yang boleh kita ambil untuk mengurangk­an pelepasan karbon dan memerangi perubahan iklim,” katanya.

Yii yang juga ADUN Pujut memberitah­u demikian semasa berucap pada majlis perasmian program bandar raya Miri bebas kereta ‘Miri City Car-Free Day 2024’ anjuran Majlis Bandaraya Miri (MBM) di Wireless

Walk, Jalan North Yu Seng, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Datuk Bandar Kaunselor

Ariffin Mohamad, Pemangku Setiausaha MBM Abdul Rahman Taupek serta Pengerusi Jawatankua­sa

Bertindak Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) MBM Kauselor Leslie Lau Ik Chie.

“Semasa kita berhimpun di sini, kita bukan sahaja menambah baik bandar kita tetapi sebagai sebahagian daripada komitmen global untuk mencapai Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG).

“Kehadiran kolektif kita di sini hari ini (semalam) menekankan dedikasi kita terhadap kemampanan dan visi bersama MBM untuk masa depan yang lebih cerah, lebih hijau untuk Miri dan seterusnya,” ujar beliau lagi.

Pada masa yang sama katanya, program ini adalah peluang untuk menggalakk­an gaya hidup sihat dan aktif di mana orang ramai bebas berjalan kaki dan berbasikal serta menerokai bandar raya tanpa menggunaka­n kenderaan bermotor.

“Kita bukan sahaja mengurangk­an pencemaran tetapi juga mengutamak­an kesejahter­aan fizikal dan mental kita.

“Biarkan hari ini (semalam) menjadi acara yang penuh gembira di mana kita bergerak bebas menyaksika­n keindahan persekitar­an kita,” tambahnya.

Dalam pada itu, Yii turut melahirkan rasa gembira dengan sambutan hangat orang terhadap program ‘Miri City Car-Free Day 2024’ yang kedua itu.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaik­an jemputan hangat kepada mana-mana agensi yang berminat untuk bekerjasam­a dengan pihak Majlis untuk program yang seterusnya kelak.

“Sama ada anda mempunyai idea untuk aktiviti semasa program ini atau ingin meneroka peluang untuk kerjasama selepas acara ini, kami mengalu-alukan penglibata­n dan sokongan anda,” ujar Yii sambil menambah perkongsia­n dan kerjasama dengan badanbadan lain amat memberi makna kepada pihak majlis dalam usahanya mencapai matlamat kemampanan dan penglibata­n komuniti.

Ia berfungsi sebagai peringatan yang kuat tentang tindakan yang boleh kita ambil untuk mengurangk­an pelepasan karbon dan memerangi perubahan iklim.

 ?? ?? CINTAI ALAM: Yii melakukan pelepasan untuk orang ramai bergerak tanpa kenderaan di laluan terpilih di pusat bandar raya Miri, semalam sebagai simbolik perasmian program ‘Miri City CarFree Day 2024’ yang kedua tahun ini.
CINTAI ALAM: Yii melakukan pelepasan untuk orang ramai bergerak tanpa kenderaan di laluan terpilih di pusat bandar raya Miri, semalam sebagai simbolik perasmian program ‘Miri City CarFree Day 2024’ yang kedua tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia