Utusan Borneo (Sarawak)

Larry mahu pembanguna­n ekonomi di Parlimen Julau terus berkembang

-

Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien berkata beliau telah mengambil pelbagai pendekatan untuk memastikan pembanguna­n ekonomi di Parlimen Julau terus berkembang.

Katanya, fokus adalah ke atas beberapa sektor yang menjadi asas kepada cara kehidupan masyarakat di kawasan itu dalam menjana pendapatan mereka.

“Kita telah mempunyai perancanga­n untuk masyarakat di kawasan ini, terutama golongan suri rumah atau wanita.

“Kita telah merancang untuk menganjurk­an beberapa kursus kraf tangan di kawasan Parlimen ini untuk memantapka­n industri kraf

tangan bagi golongan sasar itu.

“Program ini akan merangkumi pelbagai aspek termasuk membentuk kreativiti dan teknik pemasaran produk yang telah dihasilkan, khususnya melalui platform Internet atau teknologi moden,” kata Larry kepada media, kelmarin.

Menurutnya, bidang kraf tangan pada masa kini semakin digemari dan mendapat pasaran serta permintaan yang agak tinggi sama ada di dalam mahupun luar negara.

Oleh yang demikian tambahnya, penguasaan dalam dua aspek iaitu penghasila­n produk yang bermutu dan konsep pemasaran yang digital perlu dikuasai jika mereka ingin berjaya dan mendapat pendapatan lumayan dalam bidang terbabit.

“Berdasarka­n perancanga­n ini, kita akan berusaha mendapatka­n tenaga pengajar atau penceramah yang berkelayak­an untuk berkongsi ilmu.

“Selain itu baru-baru ini, kita telah menganjurk­an beberapa kursus berkaitan penanaman dan pengurusan kelapa sawit.

“Program ini berjaya dan disertai seramai 60 pekebun kelapa sawit dari kawasan Pakan dan Julau,” ujarnya.

Tambahnya, pada bulan ini juga lima pekebun lada dari kawasan Parlimen Julau akan dihantar melawat Vietnam melalui inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Julau bagi mendapatka­n ilmu berkaitan industri lada.

 ?? ?? KONGSI ILMU: Kursus penanaman dan pengurusan kelapa sawit dianjurkan di Parlimen Julau, baru-baru ini.
KONGSI ILMU: Kursus penanaman dan pengurusan kelapa sawit dianjurkan di Parlimen Julau, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia