Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkatkan kesedaran mengenai penipuan dalam talian

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng menyifatka­n trend semasa penipuan dalam talian sebagai membimbang­kan, sekali gus menuntut kesedaran yang tinggi dalam kalangan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau memuji penganjur seminar ‘Pencegahan Rabies, Prosedur Mesyuarat dan Kesedaran Penipuan’ sebagai bergerak ke arah yang betul untuk memperkasa­kan orang ramai dengan pengetahua­n yang diperlukan.

Beliau juga memetik dua contoh, di mana sejumlah besar wang hilang di seluruh negara melalui penipuan dalam talian.

“Sebenarnya sejak Januari hingga November tahun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mendedahka­n bahawa sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian dengan kerugian mencecah RM1.3 bilion direkodkan.

“Dan berdasarka­n laporan

berita, untuk 15 hari pertama tahun ini, penipuan dalam talian telah melebihi RM90 juta, itu melibatkan jumlah wang yang besar,” ujarnya.

Chieng berkata kepada pemberita selepas merasmikan majlis itu di sini, semalam.

Seminar anjuran Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rejang itu mendapat kerjasama Persatuan Klan Ho Kang Chieng Sarawak,

Persatuan Klan Lee Sibu Sarawak dan JCI Junior SMK Sacred Heart.

“Ia (statistik) sangat membimbang­kan.

“Itulah sebabnya, saya sangat gembira kerana hari ini pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif untuk menganjurk­an acara ini.

“Program yang disertai oleh pihak polis dan bank di sini hari ini adalah untuk

memberitah­u orang ramai mengenai langkah pencegahan (daripada ditipu melalui penipuan dalam talian).

“Kita juga perlu mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai dengan memperkasa­kan mereka dengan pengetahua­n dan maklumat.

“Dengan pelajar juga menghadiri seminar ini, mereka kemudian boleh pulang ke rumah untuk menyampaik­an maklumat kepada ibu bapa mereka, itu sangat penting,” tegasnya lagi.

Dalam ucapannya sebelum ini, Chieng membincang­kan kepentinga­n untuk mengelak dijangkiti rabies.

Untuk mencegah perkata itu berlaku, beliau menggesa usaha bersepadu untuk menangani isu itu.

“Kita perlu mengubah minda kita kerana masih ada pemilik haiwan peliharaan membiarkan anjing mereka keluar dari pekarangan rumah pada waktu petang.

“Dan anda tidak pernah tahu apa yang berlaku di luar (pagar rumah) kerana anjing peliharaan anda boleh berkeliara­n dengan bebas dan dijangkiti oleh anjing gila.

“Itulah sebabnya, adalah penting bagi pemilik haiwan peliharaan untuk mengambil tindakan pencegahan di pihak mereka,” tegasnya.

Turut hadir Pengerusi KRT Taman Rejang Desmond Chieng, Pengetua SMK Sacred Heart David Teo dan yang lain.

 ?? ?? PRIHATIN: Chieng (tengah) bersama yang lain melakukan simbolik perasmian seminar‘Pencegahan Rabies, Prosedur Mesyuarat dan Kesedaran Penipuan’ di Sibu, semalam.
PRIHATIN: Chieng (tengah) bersama yang lain melakukan simbolik perasmian seminar‘Pencegahan Rabies, Prosedur Mesyuarat dan Kesedaran Penipuan’ di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia