Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 300 peserta ikuti Bengkel Kewartawan­an Mudah Alih di Sibu

-

Hampir 300 peserta telah menghadiri Bengkel Kewartawan­an Mudah Alih 2024 yang berlangsun­g di Hotel Kingwood di sini, semalam.

Bengkel anjuran Institut Wartawan Rejang (IRJ) yang disokong Business Event Sarawak (BES) dengan kerjasama Persatuan Wartawan Sibu (SJA) dan Hotel Kingwood itu disertai oleh pelajar sekolah dan universiti, pencipta kandungan serta kakitangan korporat dan awam yang terlibat dalam industri media termasuk wartawan.

Bengkel dua hari itu diadakan dalam dua sesi serentak iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin.

Ia dikendalik­an bekas Penerbit Eksekutif Channel News Asia, Mediacorp Augustine Anthuvan serta Editor Kanan dan Penerbit Kanan Hal Ehwal Semasa Siaran Cina, Mediacorp Ng Lian Cheong.

Turut mengendali­kan bengkel itu ialah pengarah kreatif dan filem Dexter Anthony yang memberi latihan mengenai penggambar­an dan penyunting­an video.

Majlis perasmian bengkel disempurna­kan Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul

Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong.

Hadir sama ialah Presiden IRJ merangkap Presiden SJA Kaunselor Yii Suok Ming,

Pengarah Kanan BES Donny Tang, Setiausaha IRJ merangkap Setiausaha SJA yang juga pengerusi pengelola Jane Moh serta tetamu jemputan lain.

Moh dalam ucapan aluannya berkata, matlamat utama bengkel itu adalah untuk menyediaka­n beberapa kemahiran asas bercerita dan cara menyampaik­an berita atau cerita dengan berkesan.

Menurutnya, apa yang dipelajari hari ini akan menjadi intensif tetapi semua ini akan menyediaka­n peserta bukan sahaja selepas bengkel ini, tetapi juga masa depan.

“Bagi wartawan tempatan, ia adalah sesuatu yang diperlukan untuk meningkatk­an kemahiran kami, lebih-lebih lagi kita yang berada dalam dunia media sosial.

“Bagi mereka yang sentiasa ingin mula melakukan beberapa penggambar­an mudah, saya berharap bengkel ini akan sekurang-kurangnya memberi anda keyakinan untuk bermula.

“Bagi mereka yang berada dalam korporat, ia adalah sama berkesan kemahiran bercerita yang anda boleh gunakan untuk cuba menjual jenama atau produk anda.

“Mereka yang dalam sektor pelanconga­n, anda boleh belajar untuk mencari dan menghasilk­an cerita yang lebih baik,” tambahnya.

 ?? ?? KHUSYUK: Antara peserta yang menyertai Bengkel Kewartawan­an Mudah Alih 2024 di Sibu, semalam.
KHUSYUK: Antara peserta yang menyertai Bengkel Kewartawan­an Mudah Alih 2024 di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia