Utusan Borneo (Sarawak)

Sebarkan semangat kerjasama dan bantuan dalam masyarakat

-

Persatuan Kebajikan Wanita Cina Sibu diharapkan dapat memainkan peranan mereka dengan menyebarka­n semangat kerjasama dan bantuan dalam masyarakat.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, persatuan juga berkongsi maklumat berguna seperti permohonan bantuan kewangan, pinjaman perniagaan, bantuan undang-undang dan sebagainya.

“Dengan harapan membangkit­kan potensi sebenar wanita melalui pelbagai sumber sosial dan menjadi kekuatan yang kukuh dalam memacu pembanguna­n negara kita,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bintulu.

Tiong berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan wakilnya Kaunselor Datuk Teo Boon Siew pada Majlis Sambutan Hari Wanita Persatuan Kebajikan Wanita Cina Sibu, malam kelmarin.

Bagi meningkatk­an kedudukan wanita dan mengetepik­an stereotaip jantina yang membataska­n, Ahli Dewan Undangan Negeri

(ADUN) Dudong itu menyeru masyarakat memberi sumber yang diperlukan kepada wanita.

“Mari kita berikan sumber yang diperlukan kepada wanita yang memikul tanggungja­wab keluarga, untuk mengatasi cabaran dan mencipta pencapaian serta mewujudkan impian mereka,” katanya.

Pada abad ke-21, Tiong memberitah­u keluarga dengan dua pendapatan sudah menjadi norma dalam masyarakat, di mana wanita juga perlu bekerja untuk menyara keluarga, sambil memikul tanggungja­wab rumah tangga dan pendidikan anak-anak.

“Menjaga keseimbang­an antara kerjaya dan keluarga menjadi cabaran utama bagi kebanyakan wanita.

“Oleh itu, saya menyeru kepada majikan dan pengurusan syarikat untuk mencipta persekitar­an kerja yang lebih inklusif, terutamany­a untuk mengelakka­n diskrimina­si gaji dan peluang kenaikan pangkat yang tidak saksama.

“Akhir sekali, Malaysia hari ini bergantung kepada usaha wanita dan lelaki dalam bidang masing-masing untuk membangunk­an ekonomi negara demi masa depan,” tegasnya.

Bertepatan dengan Hari Wanita Sedunia kelmarin, beliau berterima kasih kepada semua wanita tanpa mengira suri rumah tangga yang menguruska­n rumah tangga atau wanita profesiona­l yang menyumbang kepada pembanguna­n negara.

“Terima kasih atas sumbangan anda kepada masyarakat kita. Semoga dengan usaha bersama, usaha untuk kesaksamaa­n gender akan terus maju ke peringkat dan landskap baharu, membolehka­n semua orang memperoleh peluang dan sumber yang adil, dan mengamalka­n bakat mereka di pelbagai bidang dengan keyakinan dan kebanggaan,” katanya.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Alice Lau Stanley Chew dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Cina Sibu Mary Lau.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: (Dari tujuh kiri) Teo, Lau dan Chieng bersama Ling (empat kanan) dan Chew (empat kiri) serta tetamu jemputan lain merasmikan sambutan Hari Wanita Persatuan Kebajikan Wanita Cina Sibu, malam kelmarin.
PENGHARGAA­N: (Dari tujuh kiri) Teo, Lau dan Chieng bersama Ling (empat kanan) dan Chew (empat kiri) serta tetamu jemputan lain merasmikan sambutan Hari Wanita Persatuan Kebajikan Wanita Cina Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia