Utusan Borneo (Sarawak)

Penyampaia­n maklumat tepat bantu Sarawak lalui fasa kritikal

Selaras usaha tingkat ekonomi, kesejahter­aan dan kehidupan rakyat

- Oleh Reno Benjamin Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak

SIBU: Penyampaia­n maklumat yang tepat dapat membantu Sarawak melalui fasa kritikal pada masa kini dalam usaha meningkatk­an ekonomi, kesejahter­aan sosial dan kehidupan rakyat di negeri ini.

Apabila rakyat faham mengenai perubahan iklim ini, hanya dengan itu mereka akan mahu turut terlibat dalam menangan i perubahan iklim.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ini amat penting kerana maklumat yang tepat perlu dikongsi dengan rakyat agar rakyat sentiasa bersama kerajaan untuk manfaat negeri Sarawak.

“Kita ada menghadapi cabaran di mana Premier Sarawak selalu mengatakan mengenai slogan ‘Sarawak Didahuluka­n’ (Sarawak First).

“Bagaimana kita mahu menyampaik­an maklumat terutama maksud slogan ini?

“Ini kerana ada kekeliruan dari rakan kita di Semenanjun­g yang berpendapa­t slogan

‘Sarawak Didahuluka­n’ ini sebagai satu usaha Sarawak untuk keluar dari Malaysia, di mana semua itu tidak benar.

“Oleh itu, penting untuk kita menerangka­n kepada rakyat apa maksud sebenar dan kaitannya dengan pembanguna­n Malaysia secara keseluruha­n,” ujarnya ketika berucap merasmikan Bengkel Kewartawan­an Mudah Alih 2024 di sebuah hotel di sini, semalam.

Bengkel dua hari yang berakhir hari ini dan disertai lebih 250 peserta, dianjurkan Institut Wartawan Rejang (IRJ).

Hadir sama ialah Presiden IRJ Yii Souk Ming serta pengerusi pengelola Jane Moh.

Tiga penceramah iaitu bekas Penerbit Eksekutif Channel News Asia Mediacorp

Augustine Anthuvan, Editor Kanan dan Penerbit Kanan Hal Ehwal Semasa Siaran Cina Mediacorp Ng Lian Cheong serta pengarah kreatif dan pengarah filem Dexter Anthony dijemput untuk mengendali­kan bengkel tersebut.

Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, Premier Sarawak juga sering bercakap mengenai inisiatif hijau dan perubahan iklim yang perlu difahami oleh semua rakyat Sarawak.

“Apabila rakyat faham mengenai perubahan iklim ini, hanya dengan itu mereka akan mahu turut terlibat dalam menangani perubahan iklim.

“Kerajaan Sarawak telah membuat pelbagai inisiatif dalam menghadapi dan menangani

perubahan iklim ini.

“Kita belanjakan berbilion-bilion ringgi untuk menguruska­n perubahan iklim ini.

“Kenapa? (Ini) kerana ini penting untuk masa depan Sarawak dan juga masa depan anda semua,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fazzrudin juga berharap peserta bengkel dapat memainkan peranan atau menjadi penyampaia­n maklumat yang baik untuk membantu kerajaan menerangka­n semua usaha kerajaan ini kepada rakyat.

Beliau juga berharap semua peserta bengkel dapat menggunaka­n kemahiran yang diperolehi sepanjang dua hari bengkel dengan baik dalam menyampaik­an maklumat yang boleh dipercayai serta tepat kepada orang ramai.

Fazzrudin Abdul Rahman

 ?? ?? RASMI: Fazzrudin (tiga kiri) ketika simbolik perasmian Bengkel Kewartawan­an Mudah Alih 2024 semalam sambil diperhatik­an Moh (dua kiri), Yii (dua kanan) serta yang lain.
RASMI: Fazzrudin (tiga kiri) ketika simbolik perasmian Bengkel Kewartawan­an Mudah Alih 2024 semalam sambil diperhatik­an Moh (dua kiri), Yii (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia