Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan harus pertimbang tambah jumlah bayaran BAP

RM150 bukan tidak relevan, namun tidak mencukupi bagi golongan kurang mampu terutama ibu bapa yang ramai anak

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Bayaran Bantuan Awal Persekolah­an (BAP) bukan tidak relevan namun perlu ditingkatk­an jumlahnya bagi membantu golongan kurang berkemampu­an ditambah pula kos sara hidup yang kian meningkat.

Zakaria Ngadio, 51, berkata, walaupun BAP sebanyak RM150 telah disalurkan sejak Januari lalu, namun jumlahnya itu tidak seberapa jika dibandingk­an dengan perbelanja­an sekolah anakanak yang perlu ditanggung oleh ibu bapa.

“BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid telah disalurkan bermula Januari 2024 tetapi ia tidak banyak membantu.

“Mungkin kerajaan patut mempertimb­ang untuk menambah jumlah bantuan berkenaan kepada RM200 selepas mengambil kira harga barang persekolah­an yang kian meningkat.

“Lagi ramai anak, lagi sakit hendak bayar yuran dan perbelanja­an sekolah anak-anak.

“Terasa juga semasa membayar yuran, ada ibu bapa yang terpaksa mengikat perut kerana hendak menghantar anak-anak ke sekolah apa

Pendidik

bila sesi persekolah­an dibuka semula pada 11 Mac ini,” katanya ketika ditemu bual Utusan Borneo kelmarin.

Zakaria bagaimanap­un berkata, beliau telah membeli barang keperluan tiga anaknya yang berumur 15, 13 dan 11 tahun sejak awal Januari lalu dan mendaftar anaknya ke sekolah pagi kelmarin.

Ditanya tentang persediaan Ramadan, Zakaria berkata beliau dan keluarga akan berpuasa secara sederhana.

Sependapat dengan Zakaria adalah seorang pendidik, Stephanie Prisca yang berasakan ramai ibu bapa hari ini semakin terbeban dari segi kewangan.

“Sebagai seorang pendidik, kadang-kadang ibu bapa akan minta jika mereka boleh membayar secara ansuran yuran PIBG dan sebagainya, pihak sekolah terpaksa menerima dan tiada pilihan.

“Baru-baru ini, saya beli pakaian seragam untuk anak sulung saya yang bakal masuk ke Tingkatan 1, harganya

RM49 sepasang, kami beli dua set yang hampir RM100 belum lagi beg, kasut dan alat tulis,” katanya.

Perkara ini ujarnya, tidak termasuk yuran sekolah, kemeja putih dan pembelian buku latihan dan sebagainya.

Justeru katanya, beliau menggalakk­an anak-anaknya untuk menggunaka­n semula alat tulis atau bag yang masih elok.

Ramai pelajar yang memasuki tadika, Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 terkesan ekoran perbelanja­an mendadak untuk kembali ke sekolah, tambah beliau.

“Kalau anak-anak masuk tadika kerajaan, (kena) bayar

antara RM300-RM600, kalau swasta RM700 sehingga RM1,000, perbelanja­an persekolah­an sekarang tidak seperti dahulu,” kata Stephanie.

Sementara itu, Ratna Saimin, 44, seorang penjawat awam turut terasa dengan perbelanja­an memulakan persekolah­an anak bongsu dan sulungnya.

“Abang akan masuk asrama di sebuah kolej swasta tempatan dalam bulan ini dan adik yang bongsu pula masuk Tingkatan 1,” katanya.

Oleh itu katanya, beliau meminta anak bongsunya menggunaka­n pakaian seragam anak tengah beliau yang tamat peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) barubaru ini untuk mengurangk­an kos perbelanja­an.

Bagaimanap­un katanya, beliau dan suami terpaksa membeli kasut bersaiz dewasa untuk anaknya selain sepasang pakaian seragam.

“Tahun ini agak sukar kerana terpaksa bergelut untuk masuk bulan puasa dan anak-anak pula masuk ke alam persekolah­an dalam tempoh yang sama.

“Persiapan masuk sekolah ini adalah untuk anak bongsu masuk ke Tingkatan 1 kerana masuk Tingkatan 1 terpaksa semua beli baharu supaya dia bersemanga­t ke sekolah,” katanya.

Pada masa sama katanya, pihaknya juga sedang menunggu keputusan permohonan kemasukan ke sekolah seni yang akan keluar sekitar 25 Mac nanti.

“Secara peribadi, jangan dilebihkan bergaya tetapi pendidikan dibelakang­kan. Pendidikan anak-anak amat penting bagi saya dan suami.

“Mahu tidak mahu, anakanak kena ikut. Itu sahaja cara kerana menerusi pendidikan anak-anak dapat mengangkat diri dan hidup mereka pada masa hadapan,” ujarnya.

“Baru-baru ini, saya beli pakaian seragam untuk anak sulung saya yang bakal masuk ke Tingkatan 1, harganya RM49 sepasang, kami beli dua set yang hampir RM100 belum lagi beg, kasut ” dan alat tulis. Stephanie Prisca

 ?? ?? PELBAGAI PILIHAN: Seorang pelanggan meninjau barang keperluan sekolah yang dijual di sebuah pasar raya besar di Kuching.
PELBAGAI PILIHAN: Seorang pelanggan meninjau barang keperluan sekolah yang dijual di sebuah pasar raya besar di Kuching.
 ?? ?? STEPHANIE
STEPHANIE
 ?? ?? ZAKARIA
ZAKARIA
 ?? ?? RATNA
RATNA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia