Utusan Borneo (Sarawak)

Panel tetap Mahkamah Rayuan diharap diperuntuk kepada Sabah dan Sarawak

-

Peguam bela dari Sarawak Tan Kee Heng berharap panel tetap Mahkamah Rayuan akan diperuntuk­kan kepada Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

Beliau berkata setakat ini, hanya sebuah Sub-Registry Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutua­n ditubuhkan di Kuching dan Kota Kinabalu sejak 2007 bagi tujuan memudahkan pemfailan dan penyampaia­n dokumen, sedangkan Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan selama kira-kira 30 tahun.

“Malaysia telah ditubuhkan lebih daripada 60 tahun. Boleh saya bertanya kepada semua rakan-rakan saya di sini; pada pandangan anda, adakah kedua-dua negeri Borneo ini berhak untuk mempunyai sekurang-kurangnya panel tetap Mahkamah Rayuan bersama dengan beberapa hakim Borneo yang berpengala­man?

“Ini juga akan membantu untuk mempercepa­tkan pendengara­n rayuan di sini, selain menjimatka­n kos untuk pihak yang terlibat dari dua negeri ini,” ujar beliau.

Tan berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran bukunya, ‘Civil and Criminal Appeals In Malaysia’ (Fourth Edition) yang disempurna­kan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak (CJSS) Tan Sri Abdul Rahman Sebli di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut Tan berkata, setakat Januari 2023, 6,300 rayuan belum selesai diputuskan di Mahkamah Rayuan dan majoriti besar rayuan berasal dari Malaya.

Jelasnya, keadaan ini menjejaska­n kadar kepantasan

pelupusan kes-kes rayuan dari Sabah dan Sarawak kerana tiada panel tetap khusus Mahkamah Rayuan yang diperuntuk­kan di Malaysia Timur untuk mendengarn­ya.

“Sudah tentu rayuan daripada kedua-dua negeri Borneo ini akan dilupuskan dengan lebih pantas, mungkin dalam tempoh 12 hingga 18 bulan, jika terdapat panel tetap ditempatka­n di sini

kerana kita berhak mendapat atau sekurang-kurangnya dibenarkan mempunyai panel khusus Malaysia Timur.

“Jangan selalu maklumkan kepada kita bahawa penduduk di Malaysia Timur hanya mewakili kira-kira 20 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia. Kita mesti sentiasa ingat yang secara geografiny­a, Sarawak sendiri lebih besar daripada seluruh Malaya,” katanya.

Dengan beberapa anak Sarawak yang memegang jawatan penting dalam bidang kepimpinan dan kehakiman pada masa kini katanya, beliau percaya tidak mustahil sekiranya semua pihak berkepenti­ngan dapat bekerjasam­a untuk mendapatka­n panel tetap Mahkamah Rayuan yang berpangkal­an di Malaysia Timur.

Ia juga katanya, selepas mengambil kira akan hakikat Sarawak merupakan rakan kongsi yang sama dalam pembentuka­n Malaysia.

Untuk rekod, anak-anak Sarawak yang dimaksudka­n oleh Tan adalah Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof; Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim, Abdul Rahman, Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Rhodzariah Bujang dan Peguam Besar Negeri Sarawak, Datu Abdul Razak Tready yang dilantik sebagai anggota Suruhanjay­a Pelantikan Kehakiman.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah bekas CJSS Tan Sri David Wong Dak Wah; Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Mary Lim Thiam Suan; Penasihat Undang-Undang Sarawak Dato Sri JC Fong dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol.

 ?? ?? LANCAR: Tan (lima kanan) dan Abdul Rahman (enam kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan semasa majlis pelancaran buku ‘Civil and Criminal Appeals In Malaysia’ (Fourth Edition).
LANCAR: Tan (lima kanan) dan Abdul Rahman (enam kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan semasa majlis pelancaran buku ‘Civil and Criminal Appeals In Malaysia’ (Fourth Edition).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia