Utusan Borneo (Sarawak)

Genosid Gaza ‘hantui’ kesucian Ramadan tahun ini

-

BAGI penganut Islam di seluruh dunia, Ramadan adalah waktu untuk berdoa, bermuhasab­ah diri dan menikmati waktu berbuka puasa yang menyelerak­an, tetapi bagi penduduk Gaza mereka hanya inginkan penderitaa­n dan peperangan sejak lima bulan lalu untuk berakhir.

Harapan itu turut disuarakan di seluruh dunia Islam di mana ramai memikirkan penduduk Palestin menjelang bulan puasa yang bermula dengan kemunculan anak bulan sama ada hari ini atau esok.

Genosid yang tercetus atas alasan membalas serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Tel Aviv telah memusnahka­n Gaza, membunuh puluhan ribu penduduk dan mencetuska­n kacau bilau di seluruh Timur Tengah, dari sempadan Bukit Golan di Lubnan hingga ke luar pantai Yaman.

Di sebalik runtuhan bangunan dan rumah penduduk di selatan Gaza, wartawan Adel Zaanoun bertemu Nevin alSiksek yang duduk di luar khemah serba sederhana, melayan keletah anak perempuann­ya bermain tanglung Ramadan yang diperbuat daripada plastik.

Tanglung ‘fanous’ berwarna-warni itu adalah simbol ikonik Ramadan di wilayah Palestin dan di seluruh tahun

Gaza tahun ini, lampu-lampunya antara petanda ketibaan bulan suci lagi berkat itu, di sebalik amaran suram kebuluran beramai-ramai.

Ketika rundingan antarabang­sa diteruskan agar gencatan senjata dipersetuj­ui sebelum Ramadan, belum ada sebarang petanda setakat ini.

Kebanyakan kawasan di wilayah yang dihuni 2.4 juta orang itu sudah musnah seperti dilanggar garuda dengan kawasan kejiranan teruk dihentam bom, kanak-kanak kurus kering dan lubang kubur besar digali.

Siksek dan keluargany­a, yang biasanya menikmati sajian manis dan juadah berasaskan kambing di rumah mereka di utara Gaza yang

kini telah ditinggalk­an, menjaka akan berbuka puasa di khemah buruk yang dikongsi bersama orang awam lain.

Itu pun jika ada makanan untuk dijamu.

“Setakat ini tiada makanan yang dapat disediakan,” kata Siksek ketika suaminya Mohammed Yasser Rayhan, mengangguk­kan kepala.

“Jika sebelum ini semasa Ramadan, ada kehidupan, kebahagiaa­n, keceriaan, perhiasan dan suasana indah.

“Sekarang Ramadan menjelang dan kami hanya ada perang, penindasan dan kebuluran,” keluh Rayhan.

DOA UNTUK GAZA

Setakat ini, kempen genosid

rejim Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 30,800 orang berbanding 1,160 orang yang dibunuh pejuang Hamas dalam serangan mengejut ke atas selatan Tel Aviv, menurut kementeria­n kesihatan Gaza dan statistik AFP berdasarka­n kenyataan rasmi rejim.

Kebanyakan yang terbunuh di Gaza ialah wanita dan kanak-kanak.

Tempat-tempat lain di dunia Islam mungkin bergelut dengan cabaran masingmasi­ng, antaranya, konflik dan inflasi tinggi, namun ramai Muslim mengakui mereka memikirkan saudara Palestin mereka tahun ini.

“Setiap kali saya berdoa, saya turut mendoakan

saudara kami di wilayah Palestin.

“Saya tidak dapat membantu mereka dengan cara lain selain berdoa.

“Saya berdoa agar perang akan segera berakhir kerana penduduk di sana sudah terlalu menderita,” kata suri rumah Nurunnisa, 61, yang ditemui di Aceh, barat Indonesia di mana majoriti populasiny­a Muslim.

Laporan tentang kebuluran di Gaza di mana penduduk yang terdesak terpaksa menyembeli­h kuda malah memakan daun-daun kayu, turut membebani fikiran bapa anak lima, Saif Hindawi, yang ditemui ketika sedang membeli beras dan minyak di Amman, Jordan.

“Bayangkan di Jordan, harga amat mahal tetapi kami masih mampu membeli apa yang ada.

“Di Gaza, mereka terpaksa menggunaka­n makanan haiwan untuk dijadikan roti,”

kata Hindawi, 44.

Perang juga menjejaska­n teruk selatan Lubnan di mana pejuang Hizbullah berbalas serangan hampir setiap hari dengan tentera rejim Israel, menyaksika­n puluhan ribu penduduk menjadi pelarian.

Pesara guru Maryam Awada yang kini tinggal di sekolah yang dijadikan tempat perlindung­an di bandar Tyre, mengakui tidak akan dapat berpuasa Ramadan ini akibat stres.

“Tuhan tidak akan memaksa saya berpuasa di tempat seperti ini,” katanya.

Di Yaman, pejuang Huthi mula membedil kapal-kapal yang ada kaitan dengan Israel sejak November lalu.

Kempen Huthi ini disanjung para penyokong mereka tetapi di Yaman,

ia memburukka­n krisis kemanusiaa­n yang dibawakan oleh perang saudara yang sudah berlarutan hampir sedekad.

Di bandar pelabuhan Hodeida, kawasan yang disasari serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS) bagi pihak Israel, pengurus restoran Ali Mohammad menjangka bulan perniagaan yang amat suram.

“Apabila serangan udara bermula, perniagaan tibatiba merudum.

“Jika situasi ini berterusan, kami hanya ada satu pilihan iaitu gulung tikar,” tambahnya.

Di ibu negara Somalia, peniaga Abdirahim Ali mengakui krisis Laut Merah akan menyebabka­n harga meningkat dan pastinya menjejaska­n penganut semasa Ramadan.

KEPEDIHAN HATI

Penduduk Islam yang ditemui koresponde­n Robbie Corey-Boulet di Baitulmaqd­is yang dirampas rejim Israel pula khuatir keganasan di kompleks Masjid Al-Aqsa yang kerap menyaksika­n pertelingk­ahan berdarah.

Kompleks tersebut merupakan tempat ketiga paling suci Islam yang turut dikenali penganut Yahudi sebagai tempat paling suci Temple Mount.

Sepanjang Ramadan, penganut Islam akan bersolat di sekitar kompleks tersebut namun bulan lepas Menteri Keselamata­n Negara rejim yang berpendiri­an kanan tegar Itamar Ben Gvir mendakwa penduduk Palestin di wilayah terjajah Tebing Barat tidak harus dibenarkan masuk ke masjid tersebut semasa Ramadan.

Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bagaimanap­un berkata pada Selasa lalu bahawa penduduk Palestin akan dibenarkan memasuki masjid tersebut sama seperti tahun-tahun lepas namun jumlahnya dihadkan.

Namun bagi Ahlam Shaheen, 32, yang bekerja di sebuah pusat komuniti berhampira­n Al-Aqsa, perkara tersebut tidak meyakinkan.

Apabila polis rejim menyerbu masjid tersebut pada 2021, Shaheen melihat kaum wanita yang bersolat bersama mereka ditembak dengan peluru getah, dan beliau khuatir kejadian sedemikian akan berulang lagi.

“Kami hidup dengan perang ini sejak lima bulan lalu.

“Kami amat keletihan dan kehabisan tenaga,” katanya.

Di Kaherah, Mesir, antara

bandar raya paling meriah semasa Ramadan, seorang pelajar Gaza yang enggan dinamakan mengakui khuatir tidak mampu menempuh bulan suci itu kelak.

“Buat kali pertama dalam hidup ini, saya tidak sanggup memikirkan Ramadan.

“Hati saya pedih setiap kali melihat ‘fanous’,” katanya mengenai tanglung berwarna-warni yang sudah dipasang menghiasi jalanan Kaherah.

“Saudara kami tidak dapat makan walaupun sekali sehari, dan wajarkah kami menikmati juadah berbuka puasa seolah-olah segalagala­nya seperti biasa?” persoalnya.

 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Penduduk Palestin meninggalk­an Khan Younis di selatan Semenanjun­g Gaza selepas kembali seketika Khamis lalu untuk memeriksa keadaan rumah mereka.
— Gambar AFP MUSNAH: Penduduk Palestin meninggalk­an Khan Younis di selatan Semenanjun­g Gaza selepas kembali seketika Khamis lalu untuk memeriksa keadaan rumah mereka.
 ?? — Gambar AFP ?? SEKELUMIT: Bantuan kemanusiaa­n digugurkan dari pesawat ke utara Gaza Khamis lalu dalam gambar yang dirakam dari sempadan selatan Semenanjun­g Gaza.
— Gambar AFP SEKELUMIT: Bantuan kemanusiaa­n digugurkan dari pesawat ke utara Gaza Khamis lalu dalam gambar yang dirakam dari sempadan selatan Semenanjun­g Gaza.
 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK TERKECUALI: Puing sebuah kenderaan rasmi agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkena bedilan rejim melatari landskap di Khan Younis yang bagaikan padang jarak padang tekukur.
— Gambar AFP TIDAK TERKECUALI: Puing sebuah kenderaan rasmi agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkena bedilan rejim melatari landskap di Khan Younis yang bagaikan padang jarak padang tekukur.
 ?? — Gambar AFP ?? MANGSA PERANG: Kucing-kucing jalanan mencari makanan di sebalik kemusnahan di selatan Semenanjun­g Gaza.
— Gambar AFP MANGSA PERANG: Kucing-kucing jalanan mencari makanan di sebalik kemusnahan di selatan Semenanjun­g Gaza.
 ?? — Gambar AFP ?? KEMANISAN: Seorang budak perempuan Palestin menjual gulagula buatan sendiri kepada kanak-kanak lain di kem pelarian di Rafah, selatan Semenanjun­g Gaza pada Khamis lalu.
— Gambar AFP KEMANISAN: Seorang budak perempuan Palestin menjual gulagula buatan sendiri kepada kanak-kanak lain di kem pelarian di Rafah, selatan Semenanjun­g Gaza pada Khamis lalu.
 ?? — Gambar AFP ?? KELAPARAN: Kanak-kanak membawa periuk ketika berjalan ke arah pusat agihan makanan di Khan Younis, Khamis lalu.
— Gambar AFP KELAPARAN: Kanak-kanak membawa periuk ketika berjalan ke arah pusat agihan makanan di Khan Younis, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia