Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Ramadan: 1,000 penguat kuasa KKM pantau penyediaan makanan

Orang ramai diingatkan agar mengambil langkah keselamata­n bagi mengelak penyebaran COVID-19 pada bulan puasa: Dr Dzulkefly

- Menteri Kesihatan

KUALA NERUS: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggerakk­an kira-kira 1,000 penguatkua­sanya untuk memantau penyediaan dan kebersihan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementeria­n juga akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan kebersihan makanan dan bazar, serta memastikan kesemua peniaga mendapatka­n suntikan tifoid sebagai langkah menjamin keselamata­n makanan.

“Bagi (pengunjung) yang datang membeli pula perlu ada pengetahua­n dalam mengenal pasti kualiti dan keselamata­n makanan yang disiapkan seperti memerhati keadaan fizikal makanan yang dijual dan menghidu makanan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Wellnes Hub Terengganu di pekarangan Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini semalam.

Menurutnya KKM juga akan menempatka­n platform khas kod QR di semua bazar bagi memudahkan orang ramai menyalurka­n laporan atau aduan berkaitan bazar Ramadan secara dalam talian.

Dalam pada itu Dr Dzulke

fly mengingatk­an orang ramai mengambil langkah keselamata­n bagi mengelakka­n berlaku penyebaran COVID-19 pada bulan puasa dan musim perayaan nanti.

Beliau berkata meskipun KKM tidak menjangkak­an berlaku ledakan kes COVID19 pada musim perayaan ini, langkah sewajarnya seperti

sentiasa memakai pelitup muka perlu diberi perhatian.

“Saya juga ingin mengingatk­an orang ramai supaya tidak berada di tempat yang sesak seperti bazar Ramadan sekiranya tidak sihat atau mengalami gejala seperti batuk,” katanya. — Bernama

Bagi (pengunjung) yang datang membeli pula perlu ada pengetahua­n dalam mengenal pasti kualiti dan keselamata­n makanan yang disiapkan seperti memerhati keadaan fizikal makanan yang dijual dan menghidu makanan tersebut.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Dr Dzulkefly (berdiri, dua, kanan) meninjau aktiviti yang disediakan oleh Hab Kesihatan Terengganu kepada warga emas pada majlis perasmian Hab Kesihatan itu di Klinik Kesihatan Seberang Takir, di Kuala Nerus, semalam. Perkhidmat­an tersebut telah beroperasi pada 24 Feb lepas dengan beberapa perkhidmat­an seperti pengurusan berat badan kepada 150 orang komuniti setempat.
— Gambar Bernama TINJAU: Dr Dzulkefly (berdiri, dua, kanan) meninjau aktiviti yang disediakan oleh Hab Kesihatan Terengganu kepada warga emas pada majlis perasmian Hab Kesihatan itu di Klinik Kesihatan Seberang Takir, di Kuala Nerus, semalam. Perkhidmat­an tersebut telah beroperasi pada 24 Feb lepas dengan beberapa perkhidmat­an seperti pengurusan berat badan kepada 150 orang komuniti setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia