Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar serikan majlis perkahwina­n Ahli Parlimen Sungai Petani

-

SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menghadiri majlis perkahwina­n Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari di sini.

Mohammed Taufiq, 28, yang juga anak keenam Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bertemu jodoh dengan Dr Fathiya Ainul Mardhiyah Andri Nopendra, 26, yang berasal dari Indonesia.

Ketibaan Perdana Menteri pada majlis yang diadakan di Dewan Kenangan Majlis

Perbandara­n Sungai Petani pada jam 12 tengah hari, disambut Johari dan isteri Puan Sri Noraini Mohd.

Perdana Menteri yang meluangkan masa selama sejam sempat menjamu selera sebelum beramah mesra dengan tetamu serta meluangkan masa bergambar dengan pengantin serta ahli keluarga.

Majlis turut dihadiri beberapa menteri Kabinet antaranya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk

Armizan Mohd Ali.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Ahli Parlimen selain perwakilan luar negara.

Perdana Menteri kemudian meninggalk­an majlis pada jam 1 petang.

Beliau dijadualka­n menghadiri dua program di Pulau Pinang hari ini (semalam) iaitu lawatan ke Hospital Seberang Jaya dan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah. — Bernama

UNTUK KENANGAN: Anwar bergambar kenangan bersama pasangan pengantin Dr Mohammed Taufiq Johari dan isteri Dr Fathiya Ainul Mardhiyah Andri Nopendara pada majlis perkahwina­n Ahli Parlimen Sungai Petani itu di Dewan Kenangan, Majlis Perbandara­n Sungai Petani, semalam. Turut kelihatan Tan Sri Johari (tiga, kiri) bersama isteri,Puan Sri Noraini dan ibu bapa pengantin perempuan Andri Nopendra (kanan) dan Dr Septien Dwitanti (dua, kanan).

 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia