Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Nigeria dikerah selamatkan 250 pelajar diculik kumpulan bersenjata

-

KANO: Presiden Nigeria Bola Ahmed Tinubu kelmarin mengerahka­n tentera untuk menyelamat­kan lebih 250 murid yang diculik dari sebuah sekolah di barat laut negara itu oleh kumpulan bersenjata dalam salah satu penculikan terbesar dalam tempoh tiga tahun.

Serangan di negara Kaduna menandakan penculikan beramai-ramai kedua dalam minggu ini, di negeri paling ramai penduduk di Afrika, di mana kumpulan penjenayah bersenjata lengkap menunggang motosikal dan menyasarka­n mangsa di kampung dan sekolah serta di sepanjang lebuh raya untuk memburu bayaran tebusan.

Pegawai kerajaan tempatan di negeri Kaduna mengesahka­n penculikan di sekolah Kuriga pada Khamis, tetapi tidak memberikan angka tepat kerana mereka masih mengenal pasti berapa ramai kanak-kanak telah diculik.

Sekurang-kurangnya seorang telah ditembak mati semasa serangan itu, kata penduduk tempatan.

Sani Abdullahi,seorang guru di sekolah GSS Kuriga di daerah Chikun, berkata kakitangan berjaya melarikan diri bersama pelajar apabila lelaki bersenjata yang digelar orang tempatan sebagai penyamun menyerang lalu melepaskan tembakan ke udara pada awal Khamis.

Seramai 187 murid telah diculik dari prasekolah bersama dengan 100 lagi dari kelas rendah.

“Awal pagi kami mendengar bunyi tembakan daripada penyamun, sebelum kami sedar mereka telah mendapatka­n kanak-kanak itu,” kata penduduk tempatan Musa Mohammed.

“Kami merayu kepada kerajaan, kami semua merayu, mereka harus tolong kami dengan isu keselamata­n.”

Seorang lagi penduduk Muhammad Adam juga memberitah­u bahawa lebih 280 telah diculik. Dua lagi penduduk tempatan sekitar 200 telah diculik.

Penculikan di Kaduna dan penculikan beramairam­ai minggu lalu di kem pelarian di timur laut Borno oleh pelampau menggambar­kan cabaran yang dihadapi Tinubu yang berjanji untuk menjadikan Nigeria lebih selamat dan membawa lebih banyak pelaburan asing.

“Saya telah menerima taklimat daripada ketua keselamata­n mengenai kedua-dua insiden itu, dan saya yakin mangsa akan diselamatk­an,” kata Tinubu dalam satu kenyataan semasa mengarahka­n tentera bersenjata menjejaki penculik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia