Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang pelajar maut, ketegangan semakin memuncak di Mexico

-

Seorang pelajar terbunuh dalam pertempura­n dengan polis di selatan Mexico, kata pihak berkuasa kelmarin, ketika ketegangan semakin memuncak berhubung kes kehilangan 43 pelajar dari kolej hampir sedekad lalu.

Pelajar kedua dari maktab perguruan Ayotzinapa cedera dalam kejadian yang berlaku pada malam Khamis di Guerrero.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador memberitah­u pemberita bahawa mereka berdua sedang memandu kereta curi apabila polis mengarahka­n mereka untuk berhenti berhampira­n pintu masuk ke ibu negeri Chilpancin­go.

“Polis mengatakan bahawa pemuda itu melepaskan tembakan, polis bertindak balas dan malangnya seorang lelaki muda kehilangan nyawanya,” kata Lopez Obrador sambil menambah bahawa orang kedua tidak cedera parah.

“Ia bukan pergelutan antara polis dan penunjuk perasaan,” katanya.

Menurut sekretaria­t keselamata­n awam Guerrero, sebuah senjata api ditemui di dalam kenderaan itu.

Tetapi Clemente Rodriguez, bapa kepada salah seorang daripada 43 pelajar yang hilang pada 2014, menolak

versi rasmi kenyataan tersebut dan berkata bahawa kedua-dua lelaki itu tidak bersenjata.

Menurutnya, rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n mereka berdua berlindung di belakang kenderaan

semasa polis menembak mereka.

“Kamu lihat dalam video, lelaki muda itu bersembuny­i dan melindungi diri mereka daripada polis,” kata Rodriguez kepada stesen radio tempatan Grupo Formula.

Selepas kejadian itu, pelajar dari Ayotzinapa mengadakan tunjuk perasaan di Chilpancin­go, membakar sebuah kenderaan.

Tembakan berlaku sehari selepas penunjuk perasaan memecah masuk pintu ke istana presiden Mexico yang menuntut untuk bertemu Lopez Obrador untuk membincang­kan kes kehilangan 43 pelajar itu – salah satu penindasan hak asasi manusia paling teruk di negara itu.

Para pelajar telah menaiki bas untuk menyertai tunjuk perasaan di Kota Mexico – amalan biasa di sekolah sayap kiri radikal mereka.

Penyiasat percaya mereka diculik oleh kartel dadah yang bersekongk­ol dengan polis, dan nasib mereka masih belum diketahui sehingga kini.

Pada 2022, sebuah suruhanjay­a yang ditubuhkan oleh kerajaan melabelkan kes itu sebagai “jenayah negara” dan berkata tentera sama bertanggun­gjawab, sama ada secara langsung atau akibat kecuaian.

 ?? — Gambar AFP ?? BAKAR: Pelajar dari Ayotzinapa, yang mengadakan tunjuk perasaan di Chilpancin­go, membakar sebuah kenderaan kelmarin selepas polis Mexico menembak mati seorang pelajar.
— Gambar AFP BAKAR: Pelajar dari Ayotzinapa, yang mengadakan tunjuk perasaan di Chilpancin­go, membakar sebuah kenderaan kelmarin selepas polis Mexico menembak mati seorang pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia