Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Perancis bakar pasangan hidup-hidup dipenjara 30 tahun

-

Mahkamah Perancis kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara 30 tahun kepada seorang lelaki yang membakar pasanganny­a hidup-hidup kerana mahu meninggalk­annya.

Jonathan Boillet, 36, telah dibicaraka­n di mahkamah jenayah di utara Perancis sejak Selasa kerana membunuh Sandy Cucheval yang berusia 33 tahun pada November 2020.

Dia membakar ibu kepada empat anak itu hidup-hidup di dalam kereta yang mereka naiki. Mangsa dimasukkan ke unit melecur di sebuah hospital di bandar utara Lille di mana dia meninggal dunia seminggu kemudian.

Mahkamah jenayah wilayah di bandar Saint-Omer menjatuhka­n hukuman penjara 30 tahun dengan minimum 20 tahun tanpa parol, dan rawatan wajib untuk ketagihan alkohol dan dadahnya.

Pada mulanya Boillet menafikan membunuh Cucheval, mendakwa dia meninggal dunia akibat kemalangan.

Pada Khamis dia akhirnya berkata: “Saya yang menyiramny­a dengan petrol.”

Di lantai garaj, Cucheval sendiri telah memberitah­u seorang polis wanita bahawa Boillet telah menuang petrol ke atasnya dan kemudian membakarny­a.

Seorang penduduk tempatan berkata dia melihat kereta itu terbakar dan wanita itu keluar dari kenderaan itu seperti “obor manusia”.

Cucheval mempunyai empat orang anak, yang bongsu baru berusia tiga setengah tahun pada masa itu.

Dia telah menjalinka­n hubungan bersama Boillet selama beberapa bulan, tetapi mahu meninggalk­an lelaki itu.

Pada usia lapan tahun, Boillet telah menjadi mangsa serangan seksual dan dirogol oleh bapa saudaranya yang lapan tahun lebih tua daripadany­a. Apabila dia berumur 11 tahun, dia mula ketagihan alkohol dan dadah.

Dia mempunyai rekod jenayah yang banyak, termasuk empat sabitan atas keganasan rumah tangga, dan mengakui pernah melakukan serangan ganas.

Secara purata, seorang wanita terbunuh dalam setiap tiga hari di Perancis.

Menurut kementeria­n kehakiman, 94 wanita terbunuh pada 2023. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia