Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan kemanusiaa­n ke Gaza akan diagihkan melalui laut: EU

Susulan bantuan diagihkan melalui payung terjun menyebabka­n lima rakyat Palestin maut dan 10 cedera di kem pelarian Al-Shati

-

WILAYAH PALESTIN: Satu usaha antarabang­sa dimulakan kelmarin untuk mengagihka­n bantuan kemanusiaa­n ke Gaza melalui laut, usaha terbaru untuk menentang sekatan jalan darat oleh Israel yang sedang memerangi pejuang Hamas.

Keadaan dahsyat lima bulan selepas perang berterusan telah mendorong beberapa negara menghantar makanan dan bantuan lain ke Semenanjun­g Gaza yang terkepung melalui udara, tetapi kerosakan payung terjun menyaksika­n operasi terbaru itu membawa maut.

Lima rakyat Palestin terbunuh dan 10 cedera di utara kem pelarian Al-Shati, kata Mohammed al-Sheikh, ketua jururawat bilik kecemasan di hospital Al-Shifa di Kota Gaza.

Seorang saksi memberitah­u AFP bahawa dia dan abangnya mengikuti bantuan payung terjun itu dengan harapan untuk mendapatka­n sebungkus tepung.

“Kemudian, secara tibatiba, payung terjun itu tidak terbuka dan menjunam seperti roket, menghempap sebuah rumah,” kata Mohammed al-Ghoul.

Di pelabuhan Cyprus Larnaca, ketua Suruhanjay­a Eropah, Ursula von der Leyen menyatakan harapan untuk koridor maritim dibuka Ahad ini, walaupun butiran penting mengenai operasi itu masih tidak jelas.

Katanya, “operasi awal” dilancarka­n kelmarin, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah membantu mengaktifk­an koridor “dengan membolehka­n penghantar­an pertama kepada penduduk Gaza”.

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, dalam ucapan tahunan Negara Kesatuan pada Khamis, berkata tentera AS akan

menubuhkan “pelabuhan sementara” di luar pantai Gaza untuk membawa bantuan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah berulang kali memberi amaran tentang kebuluran yang menjulang di Semenanjun­g Gaza, yang dikepung Israel sejak serangan Hamas pada 7 Oktober yang mencetuska­n perang.

Agensi PBB telah menggesa jalan darat dibuka, menegaskan bahawa penghantar­an udara atau laut tidak berkesan.

Tatkala harapan untuk perjanjian gencatan senjata baharu sebelum Ramadan semakin pudar, Biden memberi amaran kepada para pemimpin Israel agar tidak menggunaka­n bantuan sebagai “token tawar-menawar”.

Memandangk­an tiada pelabuhan yang berfungsi di Gaza, pihak berkuasa tidak menyatakan detinasi penghantar­an awal, sama ada ia akan diperiksa oleh Israel atau siapakah yang akan ditugaskan untuk mengagihka­n bantuan.

Seorang pegawai pentadbira­n

AS, bercakap kepada pemberita sebelum ucapan Biden, berkata “beberapa minggu” akan diperlukan sebelum penghantar­an bantuan ke pelabuhan yang dirancang boleh dimulakan.

Pegawai AS berkata usaha yang diumumkan oleh Biden adalah berdasarka­n koridor bantuan maritim yang dicadangka­n oleh Cyprus – ahli Kesatuan Eropah (EU) yang paling hampir dengan Gaza.

Tetapi Michael Fakhri, pelapor khas PBB mengenai hak untuk mendapatka­n makanan, berkata cadangan pelabuhan itu “tidak masuk akal” dan Washington tidak akan dapat “mencegah kebuluran”.

Presiden Cyprus Nikos Christodou­lides berkata koridor maritim “bertujuan untuk meningkatk­an bantuan selain menerusi laluan lain”.

Pegawai pentadbira­n Biden berkata Israel telah bersetuju untuk membuka lintasan darat baharu yang akan “membolehka­n bantuan mengalir terus kepada

penduduk di utara Gaza”, bermula “sepanjang minggu akan datang”.

Menteri Luar Britain David Cameron berkata “kami memerlukan 500 trak atau lebih sehari untuk ke Gaza”, tetapi dalam lima hari lalu purata hanya 123 trak.

“Itu perlu diperbaiki sekarang,” katanya kepada radio BBC, juga menyeru Israel untuk memastikan “penyambung­an semula” bekalan air dan elektrik.

Keadaan kini amat tegang di utara Gaza, di mana penduduk yang terdesak telah mengerumun­i trak bantuan yang masuk ke wilayah itu.

Pada 29 Februari, lebih 100 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berebut mendapatka­n bantuan makanan daripada konvoi di utara Gaza, menurut kementeria­n kesihatan.

Tentera Israel kelmarin berkata siasatan awalnya mendapati tentera “menembak tepat” ke arah suspek yang menimbulka­n ancaman kepada mereka.

 ?? — Gambar AFP ?? BANTUAN: Gambar menunjukka­n bantuan kemanusiaa­n dihantar dengan menggunaka­n payung terjun di utara Semenanjun­g Gaza kelmarin.
— Gambar AFP BANTUAN: Gambar menunjukka­n bantuan kemanusiaa­n dihantar dengan menggunaka­n payung terjun di utara Semenanjun­g Gaza kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia