Utusan Borneo (Sarawak)

3,000 wanita hamil di Haiti berisiko kehilangan penjagaan kesihatan yang penting: PBB

-

Sekitar 3,000 wanita hamil di Haiti berisiko kehilangan penjagaan kesihatan yang penting, lapor PBB ketika keadaan kemanusiaa­n di ibu kota Port-au-Prince terus merosot.

Keganasan geng menyelubun­gi negara Caribbean yang telah lama bermasalah itu minggu lalu, mendorong amaran daripada kumpulan bantuan tentang kekurangan kemudahan dan kakitangan perubatan.

“Jika Port-au-Prince masih terhenti dalam beberapa minggu akan datang, hampir 3,000 wanita hamil boleh kehilangan akses kepada penjagaan kesihatan penting, dan hampir 450 boleh menghadapi komplikasi obstetrik yang mengancam nyawa jika mereka tidak menerima bantuan perubatan,” kata Pejabat PBB di Haiti dalam satu kenyataan semalam.

Krisis Haiti telah menimbulka­n kebimbanga­n Amerika Syarikat (AS) yang telah memberitah­u Perdana Menteri negara itu, Ariel Henry yang tidak hadir untuk “segera” menggubal reformasi politik bagi mengelak keadaan bertambah teruk.

Kumpulan penjenayah, yang sudah menguasai sebahagian besar ibu kota serta jalan menuju ke seluruh negara, telah menyerang infrastruk­tur utama dalam beberapa hari kebelakang­an ini, termasuk dua penjara, membolehka­n majoriti 3,800 banduan melarikan diri.

Kumpulan-kumpulan itu, bersama-sama dengan segelintir rakyat Haiti, menyeru peletakan jawatan Henry, yang sepatutnya meninggalk­an jawatan pada Februari tetapi sebaliknya bersetuju mengadakan perjanjian perkongsia­n kuasa dengan pembangkan­g sehingga pilihan raya baharu diadakan.

Henry berada di Kenya sementara keganasan tercetus dan sejak itu tidak dapat kembali ke Haiti, dilaporkan terkandas di Puerto Rico.

Pada Khamis, kerajaan Haiti mengisytih­arkan keadaan darurat selama sebulan untuk wilayah barat, termasuk ibu kota, dan menetapkan perintah berkurung pada waktu malam sehingga Isnin.

Lapangan terbang Haiti masih ditutup pada Jumaat, manakala pelabuhan utama – sumber utama import makanan – menggantun­g perkhidmat­an pada Khamis selepas khuatir akan serangan bersenjata, walaupun ada usaha untuk menyediaka­n perimeter keselamata­n.

Dalam kenyataan akhbar kelmarin, PBB juga memberi amaran bahawa lebih 500 mangsa keganasan seksual yang terselamat tidak akan mendapat rawatan perubatan menjelang akhir Mac jika keadaan tidak bertambah baik.

“Hari ini, terlalu ramai wanita dan gadis di Haiti menjadi mangsa keganasan sewenang-wenang yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata. PBB menyokong mereka dan komited untuk terus memberikan bantuan yang mereka perlukan,” kata Penyelaras Residen dan Kemanusiaa­n PBB, Ulrika Richardson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia