Utusan Borneo (Sarawak)

Postecoglo­u: Kelayakan ke Liga Juara-Juara bukan bersamaan dengan ‘tiket emas’

-

Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglo­u memberi amaran bahawa kelayakan ke Liga Juara-Juara bukan bersamaan dengan ‘tiket emas Willy Wonka’ dan tidak akan bermakna melainkan pasukannya boleh membina dari kejayaan itu.

Spurs berkunjung ke Aston Villa untuk aksi Liga Perdana Inggeris hari ini dengan kedua-dua kelab bersaing tempat keempat liga, slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Tangga kelima liga juga memastikan kelayakan ke Liga Juara-Juara tetapi Postecoglo­u, tanpa menyebut nama, menjadikan Manchester United dan Newcastle sebagai contoh pasukan yang gagal mengekalka­n rentak selepas menamatkan saingan di empat tangga teratas musim lepas.

“Ada beberapa pasukan yang layak ke Liga JuaraJuara

musim ini dari musim lepas, mempunyai satu musim yang bagus,” katanya pada Jumaat.

“Adakah ia menjamin apaapa pada musim berikutnya? Tidak.

“Apa yang lebih penting ialah pada akhir musim ini, kami mempunyai pasukan yang akan mencabar pada tahun berikutnya dan terus berkembang. Sekarang ini, apa yang paling penting bagi kami ialah identiti dan bola sepak kami.

“Ia bukan tiket emas Willy Wonka. Ia hanya melayakkan anda ke Liga Juara-Juara tetapi jika anda gagal membina dari kejayaan itu atau meningkatk­an prestasi, ia tidak memberi sebarang makna.”

Willy Wonka adalah karektor fiskyen dalam buku tulisan Roald Dahl bertajuk “Charlie and the Chocolate Factory”.

Postecoglo­u, dalam musim pertama di Tottenham, berkata bahawa dia mahu membina asas yang kukuh di kelab.

“Jika kami meningkat dan layak ke Liga Juara-Juara, ia bermakna kami mempunyai tahun yang baik,” katanya.

“Tetapi ia tidak akan memberikan saya sebarang keselesaan jika kami tidak bermain seperti yang saya mahukan dan kami gagal meningkat dalam penutup musim untuk memastikan kami bersedia untuk langkah seterusnya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia