Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid akan berhadapan dengan Benitez dan Celta Vigo

-

BARCELONA: Pendahulu La Liga Sepanyol, Real Madrid, akan bertemu dengan bekas jurulatih, Rafael Benitez dan pasukannya, Celta Vigo hari ini ketika mereka cuba untuk kembali ke landasan kejuaraan selepas seri di Valencia minggu lepas.

Real bukan sahaja tercicir dua mata tetapi kehilangan pemain utama, Jude Bellingham, yang dibuang padang pada lewat permainan dan akan digantung dua perlawanan termasuk menentang Celta Vigo di Santiago Bernabeu.

Real juga seri 1-1 dengan RB Leipzig pada perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara tetapi meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir kejohanan dengan kemenangan agregat 2-1.

Walaupun seri dengan Valencia, pencabar terdekat Real, Girona, gagal mengambil sepenuh peluang dan tewas 0-1 kepada Real Mallorca.

Girona kelihatan hilang tenaga sejak beberapa minggu, tewas tiga dan seri dalam lima perlawanan terakhir mereka.

Pencabar tradisi Real, Barcelona, merampas tangga kedua liga dari Girona dan ketinggala­n lima mata selepas menewaskan Real Mallorca 1-0 pada Jumaat.

Real Madrid, yang dibimbing Carlo Ancelotti, masih tidak dapat menurunkan pemain utama seperti Thibaut Courtois, David Alaba dan Eder Militao, selain Bellingham yang digantung dua perlawanan.

Brahim Diaz menggantik­an Bellingham pada perlawanan pertama menentang Leipzig apabila dia mengalami kecederaan dan ada menjaringk­an gol sementara Joselu juga dalam prestasi yang memberangs­angkan buat Real.

Ancelotti tidak memilih kedua-dua pemain itu untuk perlawanan kedua dan mengakui dia melakukan kesilapan dengan taktik formasinya.

“Mungkin saya melakukan satu kesilapan, saya cuba untuk memasukkan tenaga tetapi ia adalah apa yang tidak kami ada,” katanya.

Dia dijangka akan menurunkan skuad dengan lebih formasi serangan apabila menentang Celta, yang bergelut mengekalka­n diri dalam La Liga selepas permulaan musim yang sukar. Mereka tidak mampu untuk tewas mudah kepada Real Madrid.

Celta, di tangga ke-17 liga, lima mata di atas zon penyingkir­an dan tidak bernasib baik ketika menentang Barcelona pada bulan Februari apabila dinafikan satu mata oleh penalti kemenangan Barcelona yang disempurna­kan Robert Lewandowsk­i pada saat akhir.

Walaupun dengan beberapa aksi memberangs­angkan, tekanan semakin meningkat ke atas Benitez dengan beberapa penyokong kelab mendesak pemecatann­ya.

“Ada satu keutamaan, iaitu Celta, dan kami harus bersatu untuk menyokong Celta dan pemain dalam padang – bagi saya, ia adalah kuncinya,” kata Benitez selepas pasukannya menewaskan Almeria 1-0 minggu lepas.

“Saya sangat gembira kerana pasukan menang, kami menyahut cabaran. Kami semua di sini berasa sangat gembira.”

Berdepan dengan pendahulu liga sememangny­a bukan perlawanan idea untuk pasukan yang terdesak membina keyakinan dan rentak tetapi Benitez berkata pasukannya harus terus kekal di laluan itu.

Ini adalah kali pertama Benitez kembali ke Bernabeu sejak Real Madrid memecatnya pada 2016 selepas tujuh bulan membimbing kelab.

Tempatnya diganti oleh Zinedine Zidane, yang menikmati musim berjaya bersama Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia