Utusan Borneo (Sarawak)

Sinner mulakan kempen langkah kanan

Juara Terbuka Australia dari Itali itu menundukka­n Kokkinakis di Siri Masters Indian Wells

-

INDIAN WELLS: Jannik Sinner tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Thanasi Kokkinakis 6-3 dan 6-0 untuk memulakan kempen dengan kemenangan di kejohanan Siri Master Indian Wells pada Jumaat.

Juara Terbuka Australia dari Itali itu melangkah ke pusingan ketiga kejohanan dan mengekalka­n rekod tanpa kalah setakat musim ini.

Pemain ranking ketiga dunia berusia 22 tahun itu melengkapk­an kemenangan ke-16 berturut-turut selain memperbaha­rui rekod pertemuan 4-0 menentang Kokkinakis.

Sinner sudah menang 15 pertemuan terakhir menentang lawan dari Australia, dengan kekalahan terakhir ialah tiga tahun yang lalu di Toronto.

Pemain pilihan ketiga kejohanan itu hanya diberikan tentangan kuat pada awal set pertama sebelum menguasai sepenuhnya permainan selepas itu.

“Ia agak sejuk dan ia sukar untuk bermain di awal permainan,” kata Sinner selepas kemenangan dalam masa 80 minit yang termasuk 21 pukulan kemenangan dan hanya tujuh kesilapan mudah.

“Saya boleh berasa sangat gembira kerana dia mempunyai

pukulan servis yang kuat,” katanya.

“Saya memerlukan beberapa permainan untuk menyesuaik­an diri dengan gelanggang tetapi kemudian saya berasa lebih selesa.”

Dengan kemenangan itu, Sinner akan bertemu sama ada Jan-Lennard Struff atau Borna Coric di pusingan seterusnya.

Pada perlawanan lain, Alex de Minaur, pemain pilihan ke-10 kejohanan, mengekalka­n maruah pemain Australia apabila menewaskan Taro Daniel dari Jepun 6-1 dan

6-2.

De Minaur tewas kepada Sinner di final kejohanan di Rotterdam pada bulan Februari lepas.

Dalam bahagian wanita, jaguh dari Jepun, Naomi Osaka, meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain kelayakan dari Itali, Sara Errani 6-3 dan 6-1.

Pemenang empat kejuaraan Grand Slam itu cuba bangkit dari ranking ke-287 dunia selepas melahirkan anak.

Selepas tewas di pusingan pertama Terbuka Australia,

dia berjaya melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan di Doha bulan lepas.

Dengan kemenangan itu, Osaka akan bertemu Liudmila Samsonova untuk memburu tempat ke pusingan ketiga kejohanan.

Bekas pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki dari Denmark, menamatkan permainan yang tertangguh akibat hujan sehari sebelum itu.

Dia mengakhiri cabaran Zhu Lin dari China 7-6(8/6) dan 6-1 untuk menempah pertemuan menentang pemain dari Croatia, Donna Vekic.

Pada perlawanan lain, seorang lagi bekas pemain nombor satu dunia, Venus Williams, masih tanpa kemenangan sejak bulan Ogos apabila tewas 2-6, 6-3 dan 6-0 kepada Nao Hibino dari Jepun.

Emma Raducanu meraih kemenangan pertama di pusingan pertama ketika menewaskan Rebeka Masarova dari Sepanyol 6-2 dan 6-3 dan akan bertemu Dayana Yastremska dari Ukraine.

Turut meneruskan kemaraan ialah juara Wimbledon, Marketa Vondrousov­a, yang menewaskan Bernarda Pera 6-0 dan 6-2. — AFP

“Saya memerlukan beberapa permainan untuk menyesuaik­an diri dengan gelanggang tetapi kemudian saya berasa lebih ” selesa. Jannik Sinner Pemain tenis Itali

 ?? — Gambar AFP ?? TENANG: Sinner ketika beraksi menentang lawannya dari Australia, Kokkinakis pada Kejohanan Siri Masters Indian Wells di California.
— Gambar AFP TENANG: Sinner ketika beraksi menentang lawannya dari Australia, Kokkinakis pada Kejohanan Siri Masters Indian Wells di California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia