Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp puji Guardiola sebagai pengurus terbaik sepanjang zaman

-

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, pada Jumaat memuji pengurus Manchester City, Pep Guardiola sebagai pengurus terbaik sepanjang zaman ketika dia membuat persediaan pasukannya untuk apa yang mungkin babak terakhir dalam permusuhan menarik di antara mereka.

City sudah menang lima dari enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris terakhir tetapi Liverpool merupakan pencabar terdekat mereka sejak dekad lalu, memenangi kejuaraan liga pada 2020.

Kedua-dua pasukan sekali lagi bersaing untuk tangga teratas liga, dengan Liverpool mendahului kedudukan liga dengan kelebihan satu mata berbanding City sebelum pertemuan kedua-dua pasukan di Anfield hari ini.

Klopp, 56, berkata Guardiola, di mana pasukannya memburu tiga kejuaraan semusim yang kedua musim ini, adalah seorang “yang luar biasa dalam banyak aspek”.

“Saya menyedarin­ya kerana saya juga melakukan tugas yang sama, jadi saya melihat satu kehebatan apabila saya berdepan dengannya dan Pep sememangny­a seorang hebat dalam banyak aspek berbeza sejak sepanjang beberapa tahun yang dia lakukan bersama pasukannya,” kata Klopp dalam satu sidang media pada Jumaat.

“Bagaimana saya boleh menilai jurulatih dari sebelum ini? Tetapi sepanjang hidup saya, dia adalah seorang pengurus yang hebat, tanpa ragu.”

Klopp, yang akan melepaskan jawatannya pada akhir musim ini, mempunyai rekod kemenangan menentang Guardiola – menang

12 kali dalam 29 pertemuan dengan Guardiola menang 11 kali.

“Ketika ini, saya mempunyai rekod positif menentang Pep,” katanya. “Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana ia berlaku tetapi ia tidak mengapa.

“Saya tahu saya juga agak bagus dengan apa yang saya lakukan. Saya tidak mahu kelihatan seperti seseorang yang gembira berada di sini tetapi anda bertanya kepada saya tentang yang terbaik dan bagi saya, dia adalah yang terbaik.”

Guardiola, yang juga bercakap pada sidang media yang lain, berkata dia tidak sabar untuk bersemuka dengan Klopp untuk kemungkina­n kali terakhir, walaupun kedua-dua pasukan mungkin akan bertemu lagi dalam Piala FA Inggeris.

“Ia sentiasa sesuatu yang menggembir­akan – dan begitu juga Ahad ini tetapi kami akan cuba memenangi perlawanan,” kata Guardiola.

“Cara pasukannya bermain, anda harus sentiasa belajar,” katanya. “Cara mereka bermain, cara pasukan bermain.”

Guardiola, yang juga bersaing sengit dengan Klopp ketika kedua-duanya menjadi jurulatih di Bayern Munich dan Borussia Dortmund sebelum ini, berkata bahawa dia merasakan Klopp akan kembali juga “dalam masa terdekat atau lewat”.

“Dia adalah seorang yang menyukai bola sepak.” Katanya. “Keghairaha­nnya ada. Dia menjelaska­n dengan sempurna kenapa dia pergi (melepaskan jawatan).

“Dalam Liga Perdana, ia adalah kali terakhir tetapi mungkin dalam Piala FA, kami boleh bertemu sesama kami dan kita akan lihat nanti.”

Liverpool mempunyai rekod menarik menentang City di Anfield, dengan juara bertahan itu hanya menang sekali di Anfield sejak 2003 – ketika beraksi tanpa penonton semasa pandemik COVID-19 pada 2021.

Klopp berkata bermain di tempat sendiri merupakan “faktor yang sangat besar”, walaupun dia menambah bahawa ia terlalu awal untuk melabelkan perlawanan itu sebagai penentu kejuaraan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SETERU: Kombinasi gambar menunjukka­n Guardiola (kiri) dan Klopp sedia berentap dalam perebutan takhta EPL.
— Gambar AFP SETERU: Kombinasi gambar menunjukka­n Guardiola (kiri) dan Klopp sedia berentap dalam perebutan takhta EPL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia