Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak akan mengalah awal

Tuchel tegaskan Bayern belum mengalah dalam perebutan gelaran Bundesliga meskipun ketinggala­n 10 mata daripada pendahulu Bayer Leverkusen dengan baki 10 perlawanan

- — AFP

BERLIN: Jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel pada Jumaat berkata bahawa pasukannya ‘belum mengalah dalam saingan kejuaraan Bundesliga Jerman’ walaupun ketinggala­n 10 mata di belakang pendahulu liga, Bayer Leverkusen dengan berbaki 10 perlawanan sahaja lagi musim ini.

Impian Bayern memburu kejuaraan liga yang ke-12 berturut-turut kelihatan semakin tipis ketika Leverkusen, yang dibimbing Xabi Alonso masih belum tewas dan di landasan meraih kejuaraan liga yang sulung dalam sejarah kelab.

Dengan Leverkusen beraksi dalam Liga Europa, Bayern bermain lebih awal berbanding Leverkusen dalam beberapa minggu akan datang, memberikan Bayern peluang untuk meningkatk­an tekanan.

Bayern menanti kunjungan pasukan tercorot, Mainz pada perlawanan lewat, sehari sebelum Leverkusen menentang Wolfsburg.

“Ada satu perbezaan di antara mengisytih­arkan perang (ke atas Leverkusen) dan mengalah,” kata Tuchel.

“Jurangnya sangat besar, itu realitinya. Kami harus menang, menang, menang, kami tidak lagi mempunyai nasib di tangan kami sendiri.

“Leverkusen tidak lagi merasai saingan kami, yang juga kesalahan kami sendiri.

Tetapi ia tidak mengenepik­an kami dari tanggungja­wab kami untuk memberikan segala-galanya esok.”

Bayern mengharung­i satu minggu yang baik dalam dan luar padang. Selain dari kemenangan 3-0 ke atas Lazio yang memastikan kemaraan ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara pada Selasa lalu, Bayern mendapatka­n semula penyerang remaja, Mathys Tel sehingga 2029.

“Sudah tentu keputusan seperti ini membantu kami dan memberikan kami galakkan dan keyakinan diri. Kami berharap untuk lebih banyak kemenangan akan menyusul.”

Bagaimanap­un, Mainz memiliki rekod yang baik menentang Bayern, menang tiga dari enam perlawanan liga terakhir.

“Jurangnya sangat besar, itu realitinya. Kami harus menang, menang, menang, kami tidak lagi mempunyai nasib di ” tangan kami sendiri. Thomas Tuchel Jurulatih Bayern Munich

 ?? — Gambar AFP ?? TARUH HARAPAN: Peminat mengibarka­n bendera Bayern Munich ketika menyaksika­n perlawanan Liga Juara-Juara di antara Bayern Munich dan Lazio pada awal bulan lalu.
— Gambar AFP TARUH HARAPAN: Peminat mengibarka­n bendera Bayern Munich ketika menyaksika­n perlawanan Liga Juara-Juara di antara Bayern Munich dan Lazio pada awal bulan lalu.
 ?? TUCHEL ??
TUCHEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia