Utusan Borneo (Sarawak)

Projek tanaman padi berskala besar

Kerajaan Sarawak setuju bangun tanah seluas 1,500 hektar miliknya bagi pelaksanaa­n projek penanaman padi guna teknologi baharu

- Oleh Marlinda Mardzuki

Kerajaan Sarawak bersetuju membangunk­an kawasan tanah seluas 1,500 hektar miliknya bagi pelaksanaa­n projek penanaman padi menggunaka­n teknologi baharu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif sebegini akan memberi dorongan kepada petani tempatan untuk menggunaka­n teknik yang sama di tanah milik mereka sendiri.

Dengan cara ini, beliau yakin ia dapat membantu kerajaan meningkatk­an pengeluara­n beras tempatan.

“Pada masa ini, kita (Malaysia) mengimport beras dari negara India, Vietnam dan Thailand. Oleh sebab ringgit kita begitu rendah sekali maka harga import adalah tinggi.

“Apabila harga import tinggi, mahu tak mahu kita terpaksa memindahka­n kos tersebut kepada pengguna… sebab itu harga beras kita turun naik, yang banyak menjadi masalah.

“Jadi Malaysia mesti bersedia lebih awal dan langkah yang saya ambil di Sarawak ialah memandangk­an kita ada tanah yang boleh kita gunakan dengan teknologi baharu untuk kita menyumbang bekalan beras di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Jelapang Padi dan Pusat Pemprosesa­n dan Pengeluara­n Benih Padi Stumbin di Sri Aman semalam.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak akan menyediaka­n peruntukan yang besar untuk tujuan tersebut terutama dari sudut pengairan dan saliran.

“Biarpun kita menghargai peruntukan RM173 juta yang akan diberikan oleh kerajaan persekutua­n, namun ia tidak cukup untuk kita membangunk­an projek penanaman padi di negeri ini.

“Mahu tak mahu Kerajaan Sarawak akan memberikan peruntukan yang lain dengan harapan usaha ini akan memberikan pendapatan yang lebih kepada Sarawak,” katanya.

Ketika ini katanya, keluaran beras tempatan Sarawak hanya dapat memenuhi 36 peratus permintaan beras di negeri ini.

“Oleh itu, kita nak tingkatkan ia (pengeluara­n beras) sampai 100 peratus. Ini bermakna kita harus memberi peruntukan yang besar dalam penanaman padi,” katanya.

Beliau percaya dengan mengambil langkah sebegini, Sarawak dijangka dapat mengeluark­an beras yang dikehendak­i oleh pasaran menjelang 2030.

 ?? — Gambar UKAS ?? BERSKALA BESAR: Abang Johari menandatan­gani papan putih semasa mengadakan lawatan kerja ke Tapak Jelapang Padi dan Pusat Pengeluara­n dan Pemprosesa­n Benih Padi Stumbin di Sri Aman semalam.
— Gambar UKAS BERSKALA BESAR: Abang Johari menandatan­gani papan putih semasa mengadakan lawatan kerja ke Tapak Jelapang Padi dan Pusat Pengeluara­n dan Pemprosesa­n Benih Padi Stumbin di Sri Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia