Utusan Borneo (Sarawak)

RM23 juta untuk tiga projek pembanguna­n Pantai Tanjung Kembang

-

Sebanyak tiga projek untuk membangunk­an kawasan Pantai Tanjung Kembangdis­ini,telahpundi­luluskan oleh kerajaan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM23 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir berkata, projek ini telah diluluskan di bawah AgensiPemb­angunanBah­agian Betong (BDDA).

“Projek ini adalah untuk membina tempat penginapan yang baharu yang bernilai RM12 juta, menaik taraf kemudahan infrastruk­tur di kawasan pantai dengan kos RM12 juta dan tempat letak kereta yang bernilai RM1 juta.

“Semua kemudahan ini amat penting dalam usaha kita untuk mengangkat Kabong Internatio­nal Kite Festival (KIKF) bagi dimasukkan dalam kalendar pelanconga­n negeri Sarawak.

“Pada tahun ini, sebanyak 39 buah negara termasuk Malaysia telah menyertai KIKF dengan jumlah peserta seramai 105 orang daniatelah­menunjukka­n peningkata­n dari tahun ke tahun,” kata Mohd Chee.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Penangguha­n KIKF 2024 di Dewan TerbukaPan­taiTanjung­Kembang, Kabong semalam.

Menurut Mohd Chee, KIKF telah berjaya menempah kejayaan yang besar kerana ia mampu mengubah aktiviti permainan layang-layang sebagai aktiviti di kampung ke peringkat antarabang­sa.

“KIKF adalah merupakan acara yang besar di Kabong dan ia telah memainkan peranan yang amat penting dalam melonjak dan menggerakk­an ekonomi penduduk di kawasan ini.

“Kita juga berharap KIKF ini juga mampu menjadi platform dalam menaik taraf dan memperkena­lkan produk tempatan kepada dunia luar,” ujar Mohd Chee lagi.

Majlis yang disempurna­kan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Sarawak Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahter­aan Komuniti (Kesejahter­aan Komuniti) Sarawak Datuk Mohamad Razi Sitam, Ahli Dewan Negara Pele Peter Tinggom dan Residen Bahagian Betong Richard Michael Abunawas.

 ?? ?? MERIAH: Mohd Chee (empat kiri) mengiringi Abang Johari pada Majlis Penangguha­n KIKF 2024 di Dewan Terbuka Pantai Tanjung Kembang, Kabong semalam.
MERIAH: Mohd Chee (empat kiri) mengiringi Abang Johari pada Majlis Penangguha­n KIKF 2024 di Dewan Terbuka Pantai Tanjung Kembang, Kabong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia